Kecoh di media sosial mengenai trend meletakkan nombor akaun bank dengan harapan ada yang baik hati akan memasukkan duit raya.
Untuk itu, mereka yang mahir dalam agama telah meletakkan hadis mengenai tabiat tidak baik ini. Ianya turut dipersetujui pengacara, Fedtri Yahya dengan menyatakan ada juga insan yang meminta orang lain meletakkan nombor akaun mereka.
Secara kebetulan pula sehari sebelum raya, aktor Aeril Zafrel telah meminta pengikutnya meninggalkan nombor akaun untuk dimasukkan duit raya. Jadi, warganet berpendapat yang Fedtri telah menyindir Aeril. Betul ke?
Kredit foto:
Menurut Fedtri, bukan sahaja budaya meminta-minta harus dibanteras, tetapi budaya yang meminta warganet meninggalkan nombor akaun mereka turut perlu diambil tindakan. Jika tiada kedua-dua pihak, masakan isu ini berlaku?
Sementara itu, mengenali Aeril yang turut mesra dengan para pengikutnya telah menyumbangkan duit raya kepada mereka yang layak. Jumlah tersebut antara RM20 hingga RM200 setiap seorang.
Kredit foto : Twitter
Gambar kanak-kanak yang dikepilkan turut mendapat sumbangan daripada Aeril dan terus diberikan resit pembayaran tersebut. Setakat artikel ini ditulis, sudah RM420 disumbangkannya, tetapi nombor akaun bertambah hingga jumlah komen menghampiri 10,000 komen.
Kredit foto : Twitter
Kredit foto : Twitter
Dalam masa sama, apabila resit sumbangan itu dipaparkan, turut kelihatan jumlah baki simpanan Aeril sendiri yang berjumlah enam angka.
Kredit foto : Twitter
Kredit foto : IG
Biarpun Aeril sudah menghentikan sumbangannya, namun masih ramai yang meletakkan nombor akaun masing-masing semata-mata untuk mendapatkan duit raya daripada artis.
Kredit foto : Twitter
Hal ini lah yang dibimbangkan ramai ilmuan kerana seperti menjadi satu budaya pula meminta-minta duit raya. Malah, meminta orang meletakkan nombor akaun juga turut menjadi punca ianya berleluasa.
Kredit foto : IG
Dalam masa sama, mungkin Aeril sendiri tidak menjangkakan sambutan daripada warganet lain sangat mengalakkan hingga tidak mampu dilayan satu persatu. Jadi, betullah teguran secara umum Fedtri itu kan? - CARI
|