"Duhh!" Marah betul nampaknya Datin Diana Danielle terhadap segelintir warganet yang mempersoalkan gerakan protes Black Lives Matter yang dianjurkan warga Amerika Syarikat (AS).
Dalam kemas kini terbarunya, Diana memuat naik video teguran kepada warga maya yang memenuhi ruangan komen dengan meminta semua yang menyokong kempen itu supaya turut memperjuangkan nasib kaum laim yang tertindas.
"Saya nak tegur sikit boleh? Bila semua orang sedang memperjuangkan satu isu, tolong hormat.
"Kita tak boleh dalam satu masa tiba-tiba nak bangkitkan 14,000 isu sebab nanti tiada tumpuan dan fokus dalam isu berkenaan.
"Kalau kita nak beri kesedaran kepada orang, kita kena fokus satu isu sebelum menaikkan satu isu lain.
"Kita tidak boleh menidakkan perjuangan orang sebab ini apa yang sedang berlaku kepada mereka dan kita suarakan sokongan pada gerakan yang dianjurkan mereka.
Kredit foto: IG Diana Danielle
"Ia tidak bermaksud sesuatu isu lebih penting berbanding satu isu lain," ujarnya.
Kempen "Black Lives Matter' di laman sosial adalah gerakan solidariti atas kematian warga kulit hitam di AS, George Floyd selepas lehernya ditekan polis kulit putih di Minneapolis. - CARI |