Pencetus Ummah Haris Ismail atau PU Riz menjelaskan tindakannya menukar nama di Instagram bukan bertujuan mendapatkan tanda verified.
Malah, katanya ia jauh sekali disebabkan kontroversi yang pernah membelenggu dirinya sebelum ini.
Kredit foto: IG PU Riz
"Saya ada membuat permohonan kepada Instagram untuk menggunakan gelaran PU (Pencetus Ummah) di akaun media sosial tetapi mereka gagal.
"Sebaliknya, saya dikehendaki menggunakan nama sama dengan kad pengenalan. Jadi, bila tukar-tukar tiba-tiba dapat dengan nama @hrisbismail.
"Saya tukar nama bukan sebab kecaman, tak ada apa sangat pun. Kalau saya tukar macam mana sekali pun, orang tetap kenal saya juga," kata PU Riz, 25, kepada Gempak.
PU Riz bagaimanapun tidak menafikan bahawa tanda verified itu sedikit sebanyak diperlukan walaupun tidak menjadi keutamaan.
Katanya, tugasnya sebagai pelakon dan figura awam lebih mudah dan diperakui jika IGnya ada tanda verified.
"Ia tak menjadikan saya orang lain pun, saya masih sama cuma nakkan tanda verified itu untuk kerja dan posting Instagram sahaja," jelasnya. - CARI
|