Ada pelbagai lambakan produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia. Selain iklan kulit gelap bertukar menjadi putih, produk keintiman juga laris di pasaran.
Tidak hairanlah, produk membesarkan payu dara, zakar, memerahkan puting, mengetatkan vagina dan sebagainya sangat mendapat perhatian majoriti rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, apa pendapat anda apabila ternampak iklan menjual produk yang boleh mengekalkan haid untuk wanita warga emas?
Sangat mengejutkan kerana ia bukan sahaja melambatkan 'menopause', malah didakwa merapatkan lagi hubungan suami isteri.
Ianya diutarakan oleh seorang pengguna Facebook yang terkejut dengan trend sebegini.
Kredit foto: FB
Menurut Karolina, iklan tersebut menyentap fikirannya lalu mempersoalkan mengapa perlu wujud produk yang mahu menghentikan fitrah alam? Bukankah 'menopause' adalah kitaran hidup yang perlu dihadapi setiap wanita apabila telah sampai umur tertentu?
"erkara pertama terlintas dalam fikiran 'eh, macam mana pula kalau tiba-tiba mengandung di usia hampir 60 tahun'?"
Kredit foto : FB
Melihat pada iklan yang dipromosikan oleh jurujual ini, banyak 'fakta' sains digunakan seperti menambah hormon estrogen dan juga bermain dengan emosi suami yang kononnya memuji isteri seperti anak dara. Walhal, hakikatnya wanita itu sudah pun bergelar nenek. Begitu pun masih bernafsu lagi?
Kredit foto : FB
Inilah yang dirisaukan rata-rata wanita yang menganggap iklan sebegini hanyalah menjatuhkan maruah wanita. Sedangkan keperluan hidup sudahpun diatur cantik seiring dengan pertambahan usia. Bukankah bila berusia, keperluan lebih kepada ibadah, bukannya nafsu?
Ianya turut dipersetujui warganet yang mempunyai pendapat serupa.
Kredit foto : FB
Jadi, apa pendapat anda? Wajarkah warga emas mengambil suplemen sebegini untuk berasa seperti anak dara? Atau mengikut sahaja aturan alam? - CARI
|