Seramnya bila rumah penyanyi nombor satu negara, hari ini didatangi individu tidak dikenali dan membuat kecoh.
Menerusi Insta Storynya, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan bahawa ia bukan kali pertama individu itu membuat kecoh di rumahnya dan sudah dipenjarakan beberapa tahun lalu.
"Tolong! Macam mana nak buat? Ingat tak orang tak siuman yang pernah buat kacau di rumah saya dulu?
"Kini menjelma lagi menjerit-jerit depan rumah," tulisnya.
Kredit foto: IG Story Siti
Menurut laporan mStar Online, pada Oktober 2015, seorang duda dua anak yang juga penganggur dipenjarakan enam bulan selepas didakwa menunjukkan kemaluan di hadapan rumah Siti. - CARI |