CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6068|Reply: 39

[Jenayah] Update kes bakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah bunuh 23 penghuni: Tertudu

[Copy link]
Post time 11-6-2020 08:40 PM | Show all posts |Read mode
Tertuduh hisap ganja, main snuker sebelum kebakaran tahfiz - Saksi
11/06/2020 07:59 PM



KUALA LUMPUR, 11 Jun -- Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini yang mendengar perbicaraan kes seorang remaja yang didakwa membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran tiga tahun lepas, bahawa dia bersama tertuduh dan beberapa rakan menghisap ganja sebelum kejadian itu.

Saksi pembelaan ketiga Imran Fazley Abu Bakar, 19, berkata enam rakan termasuk tertuduh datang ke rumahnya sebelum mereka bersama-sama menaiki motosikal ke sebuah pondok di Taman Balak, Datuk Keramat di sini, untuk menghisap ganja, antara pukul 1 hingga 2 pagi, 14 Sept 2017.

"Sebelum bergerak ke Taman Balak, saya menunggu abang saya pulang daripada berniaga di Pasar Malam, Sentul untuk bersama-sama pergi ke sana (Taman Balak) kerana ganja ada pada dia. Kami (lapan orang) kemudian sama-sama bergerak ke pondok itu menaiki motosikal.

"Kami tiba di pondok berkenaan bersama-sama, namun dua rakan saya iaitu Shahrul dan Haikal beredar ke tempat lain. Saya tidak tahu ke mana mereka pergi," katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili remaja itu pada perbicaraan kes bela diri remaja berkenaan hari ini.

Imran Fazley yang merupakan anak kedua daripada empat beradik itu berkata mereka berada di pondok berkenaan lebih kurang 20 minit sebelum melepak di sebuah warung di taman berkenaan.

Katanya, semasa berada di warung berkenaan, Shahrul dan Haikal kembali menyertai mereka dan selepas berbincang mereka semua ke pusat snuker kecuali Haikal.

Mohd Haijan: Lepas itu kamu pergi mana?

"Kami semua balik ke rumah saya dalam pukul 4 pagi. Saya, abang, tertuduh dan seorang lagi rakan kemudian pergi semula ke pondok itu untuk menghisap ganja pada pukul 4.28 pagi,” katanya yang membantu ibunya berniaga nasi ayam.

Pada 28 Jan lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan remaja terbabit membela diri atas pertuduhan tersebut, manakala rakannya yang  berumur 19 tahun dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membeli diri atas pertuduhan sama.

Remaja berkenaan yang kini berumur 19 tahun telah memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi pada 2 dan 3 Mac lepas.

Dua remaja lelaki yang ketika kejadian berumur 16 tahun didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz  di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, di sini antara 4.15 pagi dengan 6.45 pagi, pada 14 Sept 2017.

Mereka masing-masing menghadapi 23 pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati di bawah Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001, namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 menyatakan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun, namun mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan mengikut Seksyen 94 akta sama juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok untuk pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2020 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakit hati aku bila baca pasal kes ni
Bila baca pasal kes zulfarhan pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2020 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
23 org meninggal sbb kau ank babikkk.....

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2020 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecik kecik dah reti isap ganja. Sakit hati aku baca news ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2020 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut nak beli makanan pasar malam..takut penjual jenis hisap ganja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2020 09:46 AM | Show all posts
Semoga keadilan dapat ditegakkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2020 01:05 PM | Show all posts
mewah habang ko dek, mampu payung ko & kengkawan ko bertenang ke bulannnnnnnnn  berkali-kali sehari
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai hrp mereka2 ni dikenakan hukuman y setimpal..kecik2 tak nak mampus mmg sesuai sgt dgn mereka ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2020 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
pelik.. ganja apa la ampa amek sampai boleh lak pi bakaq sekolah tu.. ka ampa ni amek ice sbnrnya? sbb tu perangai setan naik level 1000...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 01:33 PM | Show all posts
meluat giler..takyah laa bagi pengampunan..23 nyawa kot hilang mcm tu jer
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 01:51 PM | Show all posts
Amboi ko siap main snuker, awat tak main boling sekali
Meh sini aku snuker kepala ko
Anj**** sangat perangai
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Concerned betul ayam ph psl dak2 tahfiz....dah mcm siti kasim...alhamdulillah....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kes bunuh Adib jer yg terlepas angkara Tommy Thomas & menteri hindraf PH
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh lama menanti progress kes ni... jahatnya la ko dek... semoga dpt hukuman setimpal...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 03:16 PM | Show all posts
Edited by adamazanjew at 12-6-2020 03:18 PM

Semoga dihukum gantung , Anak melayu jahanam rosak
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampah nya la hai rutin harian hidup heols.. makan ganja.. melepak.. main snukker..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2020 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
adamazanjew replied at 12-6-2020 03:16 PM
Semoga dihukum gantung , Anak melayu jahanam rosak

Bukam anak melayu tapi depa ni anak2 Indon
Immigration patut check legal@illegal
Bukan nak pandang hina tapi kalau mak bapak jenis yg x educated jarang2 sgt ambik berat psl anak2.kurang kasih syg dan didikan agama.budak2 ni semua agaknya mcm tu kot
X kisah anak2 nak keluar dan balik rmh pkul brp
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 12-6-2020 01:54 PM
kes bunuh Adib jer yg terlepas angkara Tommy Thomas & menteri hindraf PH

Kannnn...sbb pelaku2nya puak rentung. Takut sentimen perkauman la gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sejenis tak tido malam ke bdk2 ni. kulur kilir smpai ke pagi. caner pergi sekolah tak rabak ke mata tu.
hrp mangsa dpt pembelaan yg setimpal. nak hukum mati pun mmg tak boleh. tak pasal2 kene tggung korang plak dlm penjara.membazir sgguh
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la anak2 orang IC merah tak sedar diri buat onar kat negara orang. Balik la kampung kau.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.560825 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list