Pelakon Amyza Aznan yang sebelum ini berdiam diri dan gagal memasukkan kehadiran di mahkamah sejak saman difailkan Zarina Anjoulie kini bersedia memberi kenyataan.
Kredit foto: IG Amyza/Anju
"Berdasarkan nasihat yang diterima dan informasi yang baru saya ketahui melalui sebaran media pada hari semalam (25 Jun), maka saya bersedia untuk menerima dokumen dari peguam yang mewakili Zarina Anjoulie iaitu Nurul Hafidzah.
"Saya mohon Nurul Hafidzah (peguam yang mewakili Zarina) hadir ke bangunan Astro di Bukit Jalil pada hari Isnin, 29 Jun 2020, pukul 4:00 petang untuk menyerahkan dokumen tersebut," kata Amyza kepada Gempak.
Kredit foto: IG Amyza
Zarina sebelum ini menghantar dua surat tuntutan terhadap Emelda Rosmila dan Amyza, menuntut pampasan sebanyak RM3 juta daripada Amyza dan RM1 juta daripada Emelda serta permohonan maaf daripada kedua-dua pihak.
Beberapa hari lalu, Emelda pula membuat tuntutan balas terhadap Zarina kerana menyiarkan fitnah terhadapnya. - CARI
BACA JUGA: Emelda Rosmila Pula Tuntut RM1 Juta Daripada Zarina Anjoulie
BACA JUGA: Anju Tuntut Amyza, Emelda Mohon Maaf Dan Bayar Ganti Rugi RM4 Juta!
BACA JUGA: Anju Saman Fitnah RM3 Juta Terhadap Amyza
BACA JUGA: Amyza Aznan 'Ketawa' Sindir Zarina Anjoulie Lepas Dituntut Bayar Pampasan
BACA JUGA: Gagal Hadir, Peguam Anju Mohon Penghakiman Terus Terhadap Amyza |