Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional berjumlah RM980 pada tahun 2016 akhirnya dinaikkan kepada RM2,208 bagi tahun 2019 dengan mengambil kira corak ekonomi semasa.
Angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia itu berdasarkan kajian yang dijalankan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) Kementerian Kesihatan, dan beberapa kementerian serta agensi berkaitan bermula Mac 2019 sehingga Jun 2020.
Menurut laporan Astro Awani, metodologi penetapan PGK telah ditambahbaik dalam tiga aspek, antaranya adalah penetapan PGK makanan yang diperkemaskan daripada 'minimum' kepada 'optimum minimum'.
Kredit foto : Awani
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, angka tersebut adalah nilai PGK baharu yang diperolehi setelah kerajaan mengkaji semula metodologi pengiraan yang diguna pakai sejak 2005.
Jelas beliau, usaha penambahbaikan kaedah pengukuran kemiskinan tersebut bermula daripada pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (KSP RMKe-11) pada 18 Oktober 2018.
Kredit foto : Free Malaysia Today
Bertitik tolak dari itu, Mustapa memaklumkan kerajaan telah mengkaji semula metodologi penetapan PGK supaya ia lebih menggambarkan corak perbelanjaan dan keperluan serta demografi semasa isi rumah, seiring dengan kemajuan yang dicapai oleh negara sejak tahun berkenaan.
"Ia mengambil kira peningkatan kualiti item Piramid Makanan 2020 dan Panduan Diet Malaysia (PDM) 2020 selaras dengan aktiviti fizikal harian dan kehidupan yang sihat. Sebagai contoh susu pekat manis dalam bakul makanan sebelum ini telah ditukarkan kepada susu tepung yang lebih sihat."
Mustapa turut berkata perubahan corak perbelanjaan isi rumah, harga barangan dan perkhidmatan semasa pada 2019 berbanding tahun 2005 juga diambil kira.
Kredit foto : PPIM
Jadi, ia bermakna semakin ramailah yang berada di bawah paras PGK memandangkan gaji minimum rakyat Malaysia sendiri pun RM1,200.
Statistik sudah pun dikeluarkan. Apa pula tindakan dari pihak kerajaan selain sentiasa bertekak isu politik? - CARI |