David Beckham dan isteri, Victoria bakal menerima menantu pertama apabila anak lelaki mereka, Brooklyn, 21, mengumumkan pertunangannya dengan pelakon, Nicola Peltz, 25.
Kredit foto: IG Brooklyn
Pengumuman itu dibuat di laman Instagramnya pada Sabtu lepas dengan kapsyen berbunyi;
"Dua minggu lalu, saya melamar teman sejiwa saya dan dia kata 'ya'. Saya merasakan bahawa saya lelaki paling bertuah di dunia."
Brooklyn juga berjanji untuk menjadi suami serta bapa yang baik suatu hari nanti.
Kredit foto: IG Brooklyn
"Saya bertuah kerana awak kini milik saya," komen tunangnya, Peltz di hantaran tersebut. - CARI |