Rentetan status Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai bahaya sosej kepada kanak-kanak, lalu meminta ibu bapa menggantikannya dengan makanan sihat, maka ramai memberi pandangan tentang baik dan buruk makanan segera ini.
Bagaimanapun, ada faktor yang harus diberi perhatian tentang mengapa ibu bapa terpaksa memberi makanan sebegitu kepada anak-anak mereka.
Ianya bukan kerana malas memasak, tetapi lebih kepada hanya itu yang termampu dibeli dan situasi ini sangat menyedihkan buat kita orang Malaysia.
Kredit foto: Twitter
Di kala KKM berkongsi mengenai fakta kepentingan makanan sihat, rupa-rupanya masih ada golongan yang tidak mampu membeli daging sebenar kerana faktor kewangan. Bayangkan dengan harga RM5 sudah boleh membeli 10 batang sosej dan ianya boleh dikongsikan dengan adik beradik B40 seramai lima orang untuk dua hari. Sedangkan daging sebenar pula berharga belasan hingga puluhan ringgit bagi sekilogram.
Kredit foto : Twitter
Kredit foto : Verywellfamily
Ianya turut dipersetujui beberapa doktor yang berhadapan situasi ini ketika mereka mengendalikan pesakit. Bukan tidak mahu menggalakkan pesakit membeli makanan sihat, namun realitinya makanan sihat ini lebih mahal berbanding makanan rapu.
Kredit foto : Twitter
Justeru, timbul pula isu hanya orang kaya mampu menikmati makanan mahal. Jadi, perbezaan gaya hidup ini membuatkan golongan B40 tidak mendapat khasiat secukupnya, manakala golongan kaya semakin cergas.
Kredit foto : Twitter
Kredit foto : Techsite
Tidak banyak yang boleh dilakukan jika paras kemiskinan dijadikan ukuran antara memilih makanan sihat yang mahal atau makanan rapu yang murah. Jadi, mereka yang mampu serta ingin menolong golongan B40 adalah dialu-alukan menuju gaya hidup yang lebih sihat. - CARI
|