|
Alahai, kasihan isteri Izzue Islam, Awin Nurin yang mengalami bengkak dan lebam di kaki kanannya selepas terjun tangga.
Kenapa Awin terjun tangga? Jelas pelakon itu, isterinya berbuat demikian kerana melarikan diri daripada seekor biawak, baru-baru ini.
Menurut perkongsiannya di Instagram, Awin sudahpun mendapatkan rawatan di klinik.
Kredit foto: IG Izzue
"Doktor cakap, kalau bengkak tak surut dalam masa dua hari, dia perlu menjalani ujian sinar-X kerana takut tulang kaki retak atau patah," katanya.
Dalam masa sama, Izzue memohon peminat dan pengikut mendoakan yang baik-baik buat isterinya. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|