View: 20200|Reply: 98
|
"Dah Bulat" - Fattah Amin Nak Makan Manis Je 'Tempias' Kehamilan Fazur
[Copy link]
|
|
"Saya tahu ada orang cakap, kalau isteri tak mengalami alahan, mungkin kena pada suami."
Kredit foto: IG Fattah/Fazura
Fattah Amin mendedahkan selera makan bertambah sejak usia kandungan isterinya, Nur Fazura memasuki bulan kelima.
Katanya kepada Gempak, hari-hari mahu makan makanan manis saja.
"Sampailah bila tiba waktu saya mahu jalani penggambaran, saya sedar muka saya lebih bulat dari biasa," selorohnya.
Kata Fattah, Fazura bakal melahirkan pada Oktober nanti.
Kredit foto: IG Fazura
Walaupun teruja, aktor popular itu akui gementar menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya kerana ini pengalaman pertamanya.
"Saya harap para peminat mendoakan agar segala urusan saya dan Fazura dipermudahkan oleh Allah SWT," ujarnya. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun perut mcm da bulat tp ttap dilf gitew.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by BarbiePink at 17-8-2020 04:31 PM
Tt ni chouls tak reti ke
nak tepek cerita betul?
Tepek ler cerita betul yg
Full story
Saja kan nak nak fattah
Kena hentam berjemaah
Ni i tepek
Aktor popular, Fattah Amin berkongsi pengalaman mengalami perubahan selera makan ketika usia kandungan isterinya, pelakon Nur Fazura memasuki bulan kelima baru-baru ini.
Namun menurut Fattah, dia tidak mengalami alahan teruk dan hanya mahu makan makanan manis setiap hari.
"Sewaktu usia kandungan Fazura memasuki bulan kelima, saya ada mengalami sedikit perubahan, saya tahu ada orang cakap, kalau isteri tak mengalami alahan, mungkin kena pada suami.
"Namun apa yang saya alami tidaklah teruk, saya cuma bertambah selera makan sahaja, ketika itu, hari-hari saya mahu makan makanan manis.
"Sampailah bila tiba waktu saya mahu jalani penggambaran, saya sedar muka saya lebih bulat dari biasa," selorohnya.
Fattah berkata demikan ketika ditemui di sesi penggambaran Kempen Saya Anak Malaysia 2020 di Dataran Merdeka petang tadi.
Kempen ini merupakan satu inisiatif kerjasama antara Kementerian Perpaduan Negara dan Universiti Utara Malaysia untuk terus memartabatkan perpaduan di negara kita sempena Hari Malaysia tidak lama lagi.
Tambah Fattah, dia kini berasa teruja dan pada masa yang sama gementar untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya itu.
"Sekarang kehamilan isteri saya sudah masuk bulan yang ketujuh, insya-Allah dia akan bersalin sekitar bulan Oktober ini, sikit masa sahaja lagi.
"Saya rasa teruja dan pada masa yang sama gementar kerana ini pengalaman pertama saya menyambut kelahiran cahaya mata, saya harap para peminat mendoakan agar segala urusan saya dan Fazura dipermudahkan oleh Allah SWT," katanya lagi. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
BarbiePink: Tt ni chouls tak reti ke nak tepek cerita betul?Tepek ler cerita betul yg Full storySaja kan nak nak fattahKena hentam berjemaahNi i tepekAktor popula ...
Auwww.. Thankssss!!! {:childlike{:childlike{:childlike |
|
|
|
|
|
|
|
Wajah faz nampak berseri2 je time hamil ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Oke.. pastu Aku nak kena wat gapo |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan perut yang membulat sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Menjadi sungguh senarai tajuk yg iols dah listkan sebelum ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
Naik sungguh seri faz bila.mengandung...X sabar pulak tgu faz bersalin. Mesti comel anak diorang nih..
Mcm fasha nmpk letih lesu sgt, maybe 2x gugur dlm masa terdekat |
|
|
|
|
|
|
|
Wpon bertukar jd tong dram, fattah ttp jd pojaan acik2 forum |
|
|
|
|
|
|
|
masa fattah baru mula berlakon, drama playboy itu suamiku, kurus kering yakmat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sopan je baju Fazura
Selalu terbonjol baju pregnant msg |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya fazura. Semoga dimudahkan bersalin |
|
|
|
|
|
|
| |
|