Isu pendatang asing yang bekerja di Malaysia memang banyak, terutamanya masalah budaya mereka yang jauh panggang dari api dengan masyarakat kita.
Malah, di sesetengah kawasan, majoriti yang tinggal di situ adalah warga asing hingga menenggelamkan budaya bangsa tempatan sendiri.
Terbaharu, orang Gombak mengutarakan masalah yang tidak kurang panasnya, tetapi tidak mendapat liputan media iaitu warga asing menyidai pakaian mereka di kawasan terbuka.
Jelas kelihatan di dalam gambar, seorang wanita menyidai pakaian yang baru dibasuh (baju kelihatan lembab) di Medan Batu Caves. Lebih menjelikkan apabila kawasan itu adalah lokasi perniagaan dan bukannya kawasan perumahan!
Di manakah sensitiviti mereka dalam hal ini? Apa tindakan Majlis Perbandaran Selayang?
Kredit foto: Twitter
Bagi penduduk tempatan, situasi tersebut bukan baru sahaja berlaku tetapi sudah berkali-kali, namun tiada tindakan diambil terhadap mereka. Bayangkan baju, tuala malah pakaian dalam turut disidai di tengah-tengah kawasan tumpuan orang. Memalukan!
Foto : Twitter
Ada yang menyatakan ianya berlaku kerana mereka tinggal berhampiran yakni tingkat atas rumah kedai. Jadi, mereka tiada tempat lain untuk menyidainya melainkan tempat terbuka itu untuk memastikan pakaian mereka kering. Tetapi, takkanlah sampai terpaksa menggunakan tempat laluan kenderaan?
Selain itu, seorang lagi penduduk tempatan turut mengepilkan gambar warga asing yang melepak di padang beramai-ramai. Ia seolah-olah menjadikannya tempat berkelah pula.
Foto : Twitter
Masalah ini mencemarkan pemandangan, sementelah lagi ianya adalah kawasan laluan kenderaan dan kedai pula di hadapan mereka. Apa tindakan majlis perbandaran mengenai isu ini? Takkan nak biarkan kawasan ini menjadi lokasi setinggan pula? - CARI
|