Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan sama ada hukum hudud akan dikuatkuasakan secara adil sekiranya dilaksanakan sedangkan undang-undang sedia ada dilihat berat sebelah.
Kredit foto: IG Syed Saddiq
"Rakyat biasa langgar kuarantin didenda RM12,000 dan dipenjara sampai lima bulan.
"Bila melibatkan menteri, "undang undang" lain dipakai untuk menyelamatkan kawan.
"Kalau hudud dilaksanakan, rakyat biasa dipotong tangan, menteri potong kuku (potong gaji) sahaja," ciapnya.
Kredit foto: Twitter
Ciapannya itu susulan keputusan denda RM1,000 dikenakan terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali kerana tidak melakukan kuarantin kendiri selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu sebelum hadir ke parlimen pada 13 Julai.
Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun, ciapan Syed Saddiq itu mencetuskan rasa kurang senang di kalangan pelayar Twitter kerana mengaitkan isu berkenaan dengan hukum hudud. - CARI |