Johan As'ari mendedahkan dia selalu menerima mesej lamaran daripada pengikutnya yang menyatakan hasrat untuk menjadikannya sebagai suami.
Buakn orang dewasa sahaja, ada juga kalangan pelajar sekolah yang ikut cuba nasib.
Foto: IG
"Orang biasa ajak kahwin tu biasalah, ada juga budak sekolah umur 15 tahun ajak kahwin. Tapi biasalah budak-budak, saya tak layak cuma balas dengan senyuman sahaja.
"Saya anggap itu perkara normal dalam dasa mereka untuk meminati seseorang, nanti apabila dah besar mereka sendiri tahu kawal keinginan.
"Saya tak marah atau nasihat mereka sebab takut terasa hati. Bagi saya lebih baik mereka minat artis Malaysia daripada gilakan artis luar dan buat benda lain yang salah," katanya kepada mStar Online.
Sementara itu Johan kata dia berdepan cabaran untuk mengekalkan karier sebagai pelakon.
"Saya tak rasa diri popular. Sejak 2013, selama lima tahun saya berada di kemuncak dan laris umpama pisang goreng namun selepas itu tawaran semakin perlahan. Saya tak salah sesiapa, semua ini terletak pada kita macam mana nak promosikan diri. Saya perlu usaha untuk terus berjuang dalam industri," tambahnya. -CARI
|