Wujudnya teknologi komunikasi di laman sosial ketika ini menyaksikan tingkah laku manusia seperti tidak mengenal batas peradaban. Ramai yang menggunakan media sosial sebagai platform untuk meninggalkan sebarang komen sehingga ada kalanya ia menimbulkan fitnah!
Ibu kepada Allahyarham Sandra Dianne sekali lagi diuji apabila dituduh netizen kerana menjadi punca kepada kematian anaknya.
Menerusi Facebook, Nur Syakinah Abdullah berkongsi komen individu yang mendakwa dia sengaja mencabut mesin bantuan pernafasan ketika Sandra dirawat di hospital.
Kredit foto: Facebook Syakinah Abdullah
Dalam hantaran sama, Syakinah jug memaklumkan bahawa pada hari ketiga selepas kemalangan (Selasa), Sandra sudah boleh bernafas sendiri dengan sedikit bantuan oksigen.
Pada hari Rabu, arwah menjalani pembedahan tiub pernafasan untuk membantunya bernafas sendiri tanpa bantuan mesin dan berkongsi gambar Sandra.
Keadaan Sandra dilaporkan stabil pada Khamis, namun pada jam 11 malam hari sama, arwah dilaporkan tenat dan menghembuskan nafas terakhir pada jam 1 pagi hari Jumaat.
Kredit foto: Facebook Syakinah Abdullah
Syakinah menyelar sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan mengganggap ianya satu fitnah, lalu nekad untuk memfailkan saman kepada individu terbabit.
Netizen ni kadangkala lebih sudu dari kuah dan berlagak tahu segalanya. Sekiranya tiada perkara baik yang ingin diucapkan, lebih baik berdiam diri. Lebih manis sekiranya mendoakan saja yang baik-baik untuk arwah yang sudah selesai urusannya di dunia ini. - CARI |