Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi laman Instagramnya memaklumkan dia kini menjalani proses kuarantin di rumah sambil menunggu hasil ujian saringan Covid-19.
Kata Ahli Parlimen Muar berseloroh, dia kini 'geng gelang pink' yang menghabiskan masa lapang dengan membaca.
"Bangsa yang membaca, bangsa berjaya," tulisnya.
Difahamkan, Syed Saddiq menjalani dua ujian saringan dan keputusan ujian pertama pada 26 September adalah negatif.
Dia kini menunggu keputusan ujian kedua yang dijalaninya kelmarin.
Kredit foto: IG Syed Saddiq
"Tolong doakan semua baik baik sahaja," katanya. - CARI |