Lebih tujuh tahun usia perkahwinan, amat sukar untuk melihat Datin Alyah mahupun Datuk Ramli MS berkongsi foto bersama, namun baru-baru ini penyanyi itu berkongsi satu videonya bersama Tokram yang kelihatan seperti dirakam tanpa pengetahuan suaminya itu di Instagram.
Sumber foto : Instagram alyah81
Walaupun hanya video berdurasi kira-kira 10 saat dan kedua-dua mereka duduk di bangku seperti mengamalkan penjarakan sosial, peminat tetap teruja dan rata-rata memberikan komen 'sweetnya' pasangan ni' sambil mendoakan yang baik-baik buat mereka berdua.
Pernah ditanya kenapa jarang berkongsi foto bersama, ini jawapan Alyah kepada keluarga.my,
"Kami keluar bersama, cuma tak tayang kemesraan depan public.
"Tokram pun panggil saya Jah di rumah".
Akui Alyah, awal-awal dulu dia tertanya-tanya juga kenapa tak boleh ambil gambar tapi bila difikir kembali, usia Tokram (suami) sudah berapa sekarang kan, dia nak kena jaga hati anak-anak dan ibunya, jadi lama-lama Alyah boleh memahami.
Kredit foto : gempak.com
Kredit foto : Instagram alyah81
Datin Alyah, 39 dan Datuk Ramli MS, 62, mendirikan rumah tangga pada Mac 2013. - CARI
|