CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4520|Reply: 20

Putera Arab Saudi Gerak Jari Selepas Koma 15 Tahun

[Copy link]
Post time 23-10-2020 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Memang satu keajaiban apabila seorang putera Arab Saudi yang dah koma hampir 15 tahun mampu menggerakkan dua jarinya minggu ini.


The New Arab melaporkan, semuanya bermula apabila seorang individu menyapa Putera Al-Waleed Khalid Al-Saud, 33, yang terlantar di katil dan memintannya supaya menggerakkan jari.


Sapanya, "Hello" sambil merekam lelaki berkenaan menggerakkan dua jarinya.





"Bagi saya lihat, angkat jari anda lebih tinggi," kata individu tersebut.


Dapat dilihat jari Al-Waleed yang dikenali sebagai Putera Tidur digerak semakin tinggi.


Kredit foto: Twitter




Ia sekaligus memberikan harapan kepada bapanya, Putera Khalid yang merupakan seorang taikun perniagaan.


Menurut sumber, Al-Waleed terbabit dalam kemalangan di London pada 2005 dan sejak itu bergantung kepada mesin sokongan hayat.


Doktor mengesahkan dia mengalami pendarahan serius dalam otak.


Kredit foto:





Putera Khalid dan isterinya, Puteri Mona Riad El Solh enggan mengentikan mesin kerana yakin dia akan sedar satu hari nanti.


Januari tahun ini, kerajaan Aran Saudi mengisytiharkan Al-Waleed dianggap sudah meninggal dunia apabila paru-parunya mengalami pendarahan tidak terkawal.


Kali terakhir dia menggerakkan anggota badannya adalah pada 2015. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mak ayah punya sayang kat anak sanggup tunggu dan optimis...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dah isytihar meninggal tapi parents tetap tak cabut life support sampai skrg la kan? sbb isytihar meninggal januari, yg pergerakan jari minggu ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinggi harapan mak ayah nak lihat anak kembali sedar.... Sedih pulak
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh ke camtu. Isytihar meninggal tapi org tu hidup lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:02 PM | Show all posts
Edited by Paiya at 23-10-2020 02:03 PM

sayang mak dan ayah tak ada batas....

semoga putera ni betul-betul akan bangun dan sihat kembali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2020 02:12 PM | Show all posts
Semoga beliau cepat sedar dari koma.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap nak tnya..selalu confius bab mesin sokongan hayat ni. Kalo brain dead bkn consider da meninggal ke? N kalo kita xnk lepas mesin tu xterseksa ke org tu? I is confius even sbbrnya tgk video ni sebak jgk, imagine tu anak kita kn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
15 tahun tu.. better familynya redho je lah.. dr org tu terlantar mcm tu.. masih nak harapkan keajaiban ke? 15 tahun kot.. kalau sedar pon mesti organ2 otot dh mati sbb 15 tahun terlantar x bergerak.. patut bangsa keturunan nabi ni lg mengerti soal REDHA.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 08:21 PM | Show all posts
kifarah agaknya tu, eksiden pulak dekat London, lepas buat dosa besar eksiden, agaknya lah
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 08:26 PM | Show all posts
how do I know that I am alive?
consciousness , indeed a very interesting science.

transgressing the religion, philosophy  etc etc - perihal ruh and jasad, mind and the brain ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 08:28 PM | Show all posts
15 tahun? Banyak duit boleh la pasang mesin
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 08:52 PM | Show all posts
lama nya dia bertahan......tak ada pula dia bedsores...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 09:06 PM | Show all posts
Kalau boleh angkat jari gitu maksudnya otak x totally mati la kan...sbb otak yg mengawal pergerakan nerves
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukurla lahir2 ja kekayaan dunia keliling pinggang..sampai kiamat pun kalau nak pasang mesin, pasang ja..cuba klu marhaen
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 09:34 PM | Show all posts
diiyanazakaria replied at 23-10-2020 02:43 PM
Jap nak tnya..selalu confius bab mesin sokongan hayat ni. Kalo brain dead bkn consider da meninggal  ...

bread dead means org tu dah tak fx secara jasadi ( bab ruh dunno 0 tapi dari segi consciusness kita tahu secara clinical neurologist akan nampak semua dan buat pemerikasaan semua negative dah, so bila withdraw life support machine kire flat lines le...

terseksa ke tak tu wallahuallam...


sebab org ni dar gegi kefungsian otak dia dia out dah
Cerebral Function in Coma, Vegetative State, Minimally Conscious State, Locked-in Syndrome, and Brain Death[size=0.875]
  • January 2001

[size=0.875]DOI: 10.1007/978-3-642-59467-0_33







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung ada kasih syg mak ayah dan kemampuan wang. Kalau xde kasih mak ayah...lom tentu org lain sanggup dan yakin selama ini nk tunggu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah ayah dulu 1 hari di icu sebelum diisyhtihar meninggal..badan belakang dia melepuh sebab lama sangat baring.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde ke story masa dia accident dulu? Cuba Google tapi keluar cerita yg ini saja.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 11:13 PM | Show all posts
putera ni exsiden masa umur 18 tak silap
dia hensem sgt masa tu
baru2 ni pun siap ada video dia gerakkan kepala, mcm pusing kepala arah lain
tp doktor ckp mungkin cuma sbb ubat2 & mesin saja
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.062979 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list