Kemalangan akibat kecuaian pemandu kereta atau penunggang motosikal sambil menggunakan telefon bimbit sering kali terjadi.
Baru-baru ini, tular di media sosial insiden serupa. Menerusi video berdurasi 40 saat itu, seorang pemandu wanita bertembung dengan sebuah motosikal dinaiki rider penghantar makanan.
Dalam video tersebut juga jelas menunjukkan penunggang motosikal itu leka melihat telefonnya. Akibatnya, penunggang motosikal itu melanggar bahagian depan kereta wanita tersebut.
Video tersebut telah mengundang pelbagai komen daripada netizen.
Nasib baik ada dashcam
Apa bendalah tak pakai phone holder
Dia bukan main phone, cari rumah customer melalui GPS
Kredit foto: Twitter
Penggunaan telefon bimbit adalah salah satu penyebab kemalangan jalan raya terbesar, namun ramai pengguna dilihat mengambil mudah peraturan ini.
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), pada pengguna jalan raya yang masih berdegil, selepas ini tiada lagi saman segera, sebaliknya pergi mahkamah terus!
Kredit foto: Facebook PDRM
Jadi, jika kita perlu merujuk kepada aplikasi navigasi, sebaiknya kita guna peranti pemegang khusus dan bukannya memegang telefon bimbit di tangan.
Anda mampu mengubahnya. - CARI |