View: 7249|Reply: 68
|
"Yang Dia Nak Jual Aset Tu Dah Kenapa?" - Najib
[Copy link]
|
|
Anggota Parlimen Pekan, Najib Razak mempersoalkan mengapa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu menjual aset untuk menyediakan dana bagi membolehkan pencarum mengeluarkan wang daripada Akaun 1 dan Akaun 2 mereka.
Kata Najib, dia membangkitkan perkara itu di parlimen bahawa aset perlu dijual KWSP cuma bon pinjaman kerajaan dengan kadar faedah tetap yang dipegang institusi berkenaan.
Kredit foto: IG Najib
"Kita tak suruh KWSP jual saham atau jual hartanah milik mereka pada harga murah.
"Cuma jual sebahagian daripada bon pinjaman kerajaan secara sementara untuk membayar mereka yang mahu keluarkan wang dari KWSP untuk menghadapi krisis.
"Yang dia nak jual aset tu dah kenapa?" kata bekas perdana menteri itu menerusi kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebooknya hari ini.
Menurut Najib, kebiasaannya bon kerajaan membayar faedah antara dua peratus hingga empat peratus setahun.
"Sebanyak 50 peratus daripada jumlah aset RM940 bilion KWSP adalah dari kelas aset bon pinjaman ini.
"BNM boleh mengambil peranan untuk membeli sebahagian daripada bon kerajaan dipegang KWSP ini untuk mengurangkan impak kepada pasaran bon tempatan akibat penjualan oleh KWSP.
"Seterusnya, BNM boleh jual semula bon ini ke pasaran bon tempatan secara bertingkat jika BNM tidak mahu pegangnya untuk tempoh yang lama.
"Ataupun dijual balik kepada KWSP secara berperingkat sebab jumlah aset KWSP meningkat setiap bulan apabila majikan dan pekerja membuat caruman bulanan," katanya lagi.
Terdahulu KWSP dilaporkan berkata tabung persaraan itu akan terus menjual asetnya untuk menyediakan dana bagi membolehkan pencarum mengeluarkan wang dari Akaun 1 dan 2.
"Buat masa ini, ini soal meningkatkan strategi, yang bermaksud (kita akan melihat) apakah ada keperluan untuk menyeimbangkan kembali aset kita.
"Setakat yang kami tahu, Peruntukan Aset Strategik (SAA) akan terus jadi pemacu utama. Kami juga sangat prihatin mengenai impak terhadap pasaran," kata ketua pegawai pelaburan KWSP, Rohaya Mohamad Yusoff.
Kredit foto: The Edge Markets
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias ​​juga mengatakan institusi berkenaan akan hilang peluang untuk melabur apabila wang dikeluarkan pencarum.
Mengulas lanjut, Najib berkata KWSP perlu mempertimbangkan kepentingan siapa yang lebih utama.
"Ahli KWSP yang sedang lemas dan perlu dana lump sum untuk menyelesaikan masalah pada masa krisis Covid atau kehilangan KWSP untuk melabur?
"Namun pada saya, kesejahteraan dan kelangsungan hidup ahli KWSP dan keluarga mereka merupakan pelaburan paling kritikal pada saat ini," kata Najib.
Najib, yang mengetuai Kelab Ahli Parlimen Backbencers Barisan Nasional sebelum ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa sokongan BN terhadap Belanjawan 2021 adalah dengan syarat ahli KWSP dibenarkan membuat pengeluaran RM10,000 dari Akaun 1mereka.
Kerajaan Perikatan Nasional mengumumkan ahli KWSP dibenarkan mengeluarkan maksimum RM6,000 (RM500 sebulan selama 12 bulan) di bawah skim i-Lestari.
Sementara itu, di bawah skim i-Sinar membolehkan mereka yang kehilangan pekerjaan, cuti tanpa gaji, atau tidak mempunyai sumber pendapatan lain mengeluarkan sehingga 10 peratus simpanan dalam Akaun 1 mereka, selagi mempunyai simpanan minimum RM100 dalam akaun berkenaan.
Sumber: MalaysiaKini |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dh ko punya IMDB investments melebur.. Roi xde.. Mmg la epf tpaksa jual asset.. Acah inesen plak!puikkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
kwsp sennag citer disclose jerlah asset xder sb slaah siapa..najib le, ph ker pn...sb snang kitaorg nk undi next year |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn semua nak kluarkan duit kwsp.. ke mmg semua? |
|
|
|
|
|
|
|
Ok tok jib...sila cucuk KERAjaan lagi....aku sokong...asalkan membantu rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
Ish penjenayah nie banyak bunyi pulak lately. Can someone cpt2 sumbat dia and her despo wife behind bars |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaaaa penjenayah ni ada hati nak acah2 jd penyelamat pulak walhal dlm hati nk negara ni lingkup... mmg bodoh spe layan cakap penjenayah ni... lagi kelako bandingkan dia n bangnon.. bangnon tu dh menjalani hukuman, si jibon ni dah la bersalah sbb songlap duit rakyat pstu acah2 bagus...ptuihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 18-11-2020 01:43 PM
Bkn semua nak kluarkan duit kwsp.. ke mmg semua?
Bersasar katanya. 2 juta pencarum yg layak. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam lah semudah itu bang jib oi. Bon kerajaan low risk walaupun dividen xtinggi. Stock market high risk. Kalau jual bon kerajaan sahaja n maintain stock high risk ni. Kalau semua stock yang dipegang lingkup wat dek covid kan bahaya.
Iol lebih percaya risk team kwsp dari najib.
Najib duit src masuk akaun sendiri n siap belanja pun xtahu. Lagi nak advise pasal perlaburan. |
|
|
|
|
|
|
|
laporan audit kan transparent, semua boleh tengok.
kenapa kwsp nak pusing2 acah2 gertak pencarum?
KUALA LUMPUR, 13 June 2020: The Employees Provident Fund (EPF) recorded a gross investment income of RM12.16 billion for the first quarter ended 31 March 2020, in what has been an exceptionally challenging period due to the COVID-19 pandemic.
The EPF’s Q1 2020 results | | Asset % of total investment asset | Gross Investment Income (RM billion) | | | | | | Fixed Income Instruments* | | | | | | | | Real Estate & Infrastructure | | | | | | | |
* Contributions from Malaysian Government Securities & Equivalent, Loans and Bonds
Issued by the EPF Media Desk Corporate Affairs Department 14 June 2020
|
|
|
|
|
|
|
|
Walau aku suka konsep segala bantuan dan kebajikan najib dah buat, aku harap atok najib dan madey boleh stop membongak dan acah2 baik la. Benci pula aku tengok penyamun perompak ni masih berkicau sana sini macam org takde salah. Diam la kau jib pergi main jauh2 dengan rosmah buntal!!! |
|
|
|
|
|
|
|
tapi betul la apa Jibby cakap ni. awat gelabah sangat EPF ni sampai nak jual aset?'
Well, betul la cairkan aset untuk memberikan wang kepada pencarum bersasar. tapi cukup tak cash flow lepas bayar kepada pencarum bersasar tersebut?
Mana rizab aliran tunai kecemasan KWSP? takkan takde?
Seems like Najib lebih tahu pasal KWSP berbanding orang KWSP sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
bgs la dia banyak bunyik..at least ada jgk bg pendapat, cadangan..menteri lain senyap jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
duit orang semua tau.. 1.6 billion dalam acc tak pulak tau.
cakap serupa bikin la
kita hargai buah fikiran yg bijak bila membahaskan bajet ni
tapi bila kelingking berkait.. bila ko jd semua tak tau masa bicara mahkamah.. kat situ ko takde rasa sengal ke |
|
|
|
|
|
|
|
prizadane replied at 18-11-2020 02:08 PM
tapi betul la apa Jibby cakap ni. awat gelabah sangat EPF ni sampai nak jual aset?'
Well, betul l ...
Amik cth bank, walaupun pendeposit simpan duit billion2 tetiba semua org nk kuar duit sbb dia ckp itu duit kitorg kita punya suka la nk kuar habis pun.....agak2 bank ckp apa? |
|
|
|
|
|
|
|
banyak pulak bunyi bila dah tak ada power... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus Najib ni....patutlah ekonomi Malaysia kukuh ms dia jd PM.
Jolo pun dah kantoi kan diri sendiri smlm.
Go Najib Go....I fully 100% support u. |
|
|
|
|
|
|
|
duit kwsp byk pulak ngomelnye, duit kwap dia sapu beli gelang kak mah |
|
|
|
|
|
|
|
babyhubby85: Ish penjenayah nie banyak bunyi pulak lately. Can someone cpt2 sumbat dia and her despo wife behind bars
Prihatin pulak sejak akhir2 ni..dulu bukan maon kepala bapak sana ,kepala bapak sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 18-11-2020 02:31 PM
Amik cth bank, walaupun pendeposit simpan duit billion2 tetiba semua org nk kuar duit sbb dia ckp ...
Tingat iols kat jaman kegawatan ekonomi greece. Org sumer nak kuarkan duit utk kelangsungan idup. Atuk sorang ni terduduk kat tepi sbb bank ckp takde duit nak bg. Cenggitu la.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|