Hampir dua minggu berdiam diri, penyanyi Noraniza Idris akhir tampil 'bersuara' mengenai fesyen topi yang digayakan pada konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).
Menurut Noraniza, 52, dia sudah menggayakan topi seperti itu untuk muka hadapan albumnya berjudul Ingin Ku Sandar Harapan sekitar tahun 1988.
Kredit foto: IG Kak Ani
"Tahun 80-an lagi Kak Ani dah pakailah, siap buat cover album lagi. Cuma 30 tahun kemudiannya, stylish Kak Ani modenkan lagi saja dan sesuaikan dengan imej berhijab.
"Dah jangan bising-bising!" tulis Noraniza.
Kredit foto: IG Kak Ani
Sebelum ini, netizen di Twitter membuat perbandingan dua foto memperlihatkan Siti Nurhaliza dan Noraniza mengenakan topi daripada material serta rekaan hampir sama namun yang membezakan hanyalah warna.
Kredit foto: IG Kak Ani/Siti
Ini kerana rekaan pada topi merah itu dilihat sama seperti fesyen yang pernah digayakan oleh penyanyi tersohor iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam video muzik (MV) lagu Siapa Tak Mahu.
Sumber: mStar |