View: 11220|Reply: 83
|
"Konon Nak Buat Review Padahal Tak Ada Ilmu,"- Awie Tak Layan Komen Yo
[Copy link]
|
|
Pelakon dan penyanyi Datuk Awie mengakui filem pertama terbitan syarikatnya Rumah Produksi Merah Sdn Bhd berjudul 10 Tips Tipu Bini tidak akan terlepas daripada kritikan pengkritik filem di YouTube.
Awie, 52, berkata, setiap perkara yang dilakukannya samada elok atau tidak, pasti akan berdepan kecaman.
"Sekarang, kita ada ramai Youtuber pengkritik filem yang kononnya, nak buat 'review'. Walhal mereka pun 'zero knowledge' berkenaan filem.
"Mereka tak pernah buat satu filem dan skrip pun. Tapi, cara hentam filem seolah-olah macam dia dah buat 100 filem. Kita nak layankah orang macam ini?" katanya pada sidang media filem terbabit di MaTiC, Jalan Ampang hari ini.
Foto: IG
Menurut Awie, Youtuber terbabit sebenarnya berbuat demikian untuk mencari pengikut bagi 'subscribed' saluran mereka, semata-mata demi cari duit dan kepentingan sendiri.
"Kalau saya ataupun penggiat lain gila nak layan mereka dan orang lain pun gila nak mendengar kutukan hasad dengki daripada manusia-manusia jahil seperti ini, jahanamlah hidup kita semua.
"Lebih baik kita terus-terang dan jujur begini kerana kita buat filem untuk menghiburkan semua orang. Disamping itu, kami pasukan produksi pun nak cari rezeki
"Ada rezeki yang elok lepas ini, kami buatlah filem lain yang mungkin lebih baik daripada ini. Kalau ada keuntungan kenapa tidak! Mesti saya nak buat yang lebih bagus dari segi produksi, skrip, pelakon dan sebagainya," katanya.
Awie sangat berharap supaya penonton tidak terpengaruh dengan pengkritik filem yang suka mengeluarkan kritikan bukan-bukan.
"Youtuber ini cuba nak menjahanamkan industri dan semangat pembikin filem.
"Saya tak boleh halang untuk mereka langgan dan komen filem 10 Tips Tipu Bini tapi kita jangan layan.
"Janji, asalkan dia jangan usik nama ibu bapa saya, isteri saya dan mereka yang terdekat dengan saya.Jangan hina sudahlah," katanya.
Filem arahan Azizi 'Chunk' Adnan ini menampilkan nama-nama besar iaitu Awie sendiri, Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan dan ramai lagi.
Ia akan menemui penonton menerusi saluran Astro First pada 7Januari, tahun depan. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aziz m osman direct gerak khas satu episod tahun lepas smpat sindir budak2 pengkritik filem dlm youtube ni, dalam drama tu ending youtuber pngkritik filem orng dngn gaya makian ape semua tu rupanya dpt tahu dia sendiri anak luar nikah
tu la jngn hntam hasil kerja org lain je
tapi filem ustaz chunk ni memang biasanya tak menjadi pun |
|
|
|
|
|
|
|
Paling celaka, pengkritik filem youtuber ni puji melangit cerita sampai mail kotey |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Jiddin at 30-12-2020 10:38 AM
Pengkritik2 filem tidak bertauliah tapi jujur dalam memberi pendapat serta tidak dibayar sesiapa are the best sebab they are one of us; movie consumers yg bayar untuk tgk movie. Most of their comments are valid dan kalau pembikin filem tapis and guna untuk improvement mmg best. Kalau aku buat filem, I would want to hear their voices definitely.
Ini untuk pengkritik yg jujur dan bersopan dalam berbahasa serta tidak dibayar la ya.... |
|
|
|
|
|
|
|
sbg penonton takleh review/kritik ke kalau kita rasa cite tu hambar bosan dan selayaknya dibakul sampah? kalau youtuber tu feeling comment pasal teknikal mcm dah biasa buat keje2 filem mmg adan ukee la |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau hasil tak semengah kena sabar je lah kalau kena kritik. Tak semestinya orang pakar buat filem je layak buat kritikan. |
|
|
|
|
|
|
|
ni iols agree. sbb mmg dia berdiri dlm situasi kita sbg penonton biasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
jadi maknanya kena tengok bodo2 hulur duit jela tanpa perlu kritik etc2 ke hapa? aku suka je jenis yg bagi review2 jujur ni, sbb kadang dari kritikan derang tu buat aku lagi nak tengok n xletak high expectation utk satu cerita tu..kadang tengok just utk support je or beli tiket bagila kat sapa2 member ke anak buah ke g tengok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cuma iol respect dgn pengarah2 indonesia. Kena kritik cool jer , sbb kena kritiklah filem mereka bertambah meningkat kualitinya. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau bcakap..
tak penah tak bau bongkak..
belum release lg..sembang sombong yakmat..
tp aku dgr tajuk pun..tk terignin pun nk g tengok aih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti laki meols beli cete ni.. dia dlm golongan nak tonton film sbb nak chil2 bila ceta byk ckp n pusing otak,autimatically dia akn capai hpon dia ... gitulahh taste penonton lain kan... asal awie dah ceta terus terang ttg tujuan film dia pd meols dah ok.. trailer dia pon cukup mmbuatkan aiols x kan beli sbb iols tgk ceta nak dpt semua , bukan ketawa jer . Sekian iols bercerita ttg taste kami laki bini. |
|
|
|
|
|
|
|
Bio ler sapa nk kritik nk komen nk kecam
Lagi baguih dari pujian!!!
Klo tadak kritikan..nk pujiannn je..ko tu the EMPEROR WITH NO.CLOTH
To me hundreds of critics are better than one compliment
Oang bodoh je hadap pujian
Orang pandai tunggu kritikan
Orang miskin je tadak musuh
Orang kaya semua musuh ahaha bleh pikio ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau jalan cerita dan gaya persembahan sudah tidak menarik dimata kami, perlukah kami berdiam diri? Lebih-lebih lagi cerita yang kualitinya sangat rendah |
|
|
|
|
|
|
|
nek ecah versi tok ke ni? so kalau tak boleh penonton nak kritik ko buat pilem untuk geng2 ko je lah tak payah harap duit netizen bagai nak bagi laku pilem ko tu |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa la Tok ....mulut org . |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya x perlu ada ilmu pasal filem pon untuk tahu filem mana yg bagus & yg mana sampah. Iouls masih rasa membazir giler duit beli tiket tengok dollah superstar, ditambah pulak dengan lakonan niqobiss terulung yg sendu. |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal defensif sangat awie ni. Relax aje. Pengkritik perlu utk check and balance. |
|
|
|
|
|
|
|
orang buat filem sama jela mcm meniaga... hampa penjual kami pembeli..
Takkan sebagai pembeli kami takleh kritik? Cuma youtuber ni ada medium dia sndiri utk share pendapat dia pd org ramai.. zaman skrg org mesti baca review..
Sepatutnya hampa pembuat filem yg kena berlapang dada.. org kritik terima dan perbaiki.. org puji alhamdulilah.. teruskan buat yg terbaik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols setuju je dgn tokwie sbb crush dari darjah 2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tak perlu ada technical knowledge or pernah buat filem pun nak kritik filem. Kalau jalan cerita bosan, persembahan takde quality, mmg selayak nya kena kritik. Ni baru kena kritik dgn org Malaysia dah tak boleh terima. Cuba kalau bagi orang luar tgk, lg kaw kaw kena kritik. Patut ambil mana2 kritikan utk improve, bukan bash kritikan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|