Hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri disambut dengan perasaan berbelah bahagi.
Bagi yang tidak terjejas sumber ekonomi, pastinya tiada masalah untuk bekerja dari rumah. Namun, bagi yang hanya bergantung harap pada mencari rezeki di jalanan, peritnya akan terasa.
Sementelah dengan pengumuman darurat, ianya tidak begitu memberi erti kepada golongan marhein. Sebaliknya pula terhadap ahli politik yang gaji mereka tetap berjalan walaupun dalam tempoh darurat. Sedangkan rakyat makin lama makin susah. Di mana keadilan?
Foto : Twitter
Bukan sengaja mahu mempersoalkan gaji kayangan mereka jika tanggungjawab dijalankan sesempurna mungkin. Namun, dengan keadaan rakyat jelata yang makin susah, wajarkah golongan ini terus mendapat tanpa menyumbang apa-apa? Sedangkan menteri kabinet negara lain pun boleh membuat pemotongan gaji.
Foto : Twitter
Sedangkan jika mahu dicari permasalahan rakyat, tentu ada sahaja yang memerlukan pertolongan. Tetapi, di mana mereka Yang Berhormat?
Foto : Bernama
Jadi, netizen mempersoalkan keperluan mereka mendapat gaji tinggi tersebut sedangkan dalam masa sama, kebajikan penduduk di parlimen terabai.
Ada juga cadangan daripada netizen untuk mengecilkan kabinet, boleh ke?
"Kecilkan kabinet segera, gugurkan jawatan yang tak penting. Tak perlu timbalan menteri, gabungkan kementerian. Kurangkan gaji wakil rakyat kepada level marhaen."
Foto : Berita Harian
Walau apa pun, kita ibarat mentimun, digolek luka, menggolek pun luka.
Moga yang baik-baik sahaja untuk rakyat Malaysia. Kita Jaga Kita. - CARI
|