View: 5674|Reply: 42
|
Bront Palarae Teruja, Bangga 2 Kali Tercalon Aktor Terbaik Asia
[Copy link]
|
|
Karier seni Bront Palarae, 43, semakin menyerlah merentasi sempadan. Bukan sahaja popular di Malaysia, aktor ini mula mengumpul peminat di Indonesia. Semuanya gara-gara impak filem Pengabdi Setan, yang ditayangkan hampir tiga tahun lalu.
Mencipta reputasi sendiri dalam penghasilan produk bermutu, tidak hairanlah Bront dilantik sebagai duta Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) buat kali kedua.
Kredit foto: IG Bront
Festival yang dikendalikan dalam talian ini, bermula hari ini sehingga 21 Januari depan. Tidak cukup itu, Bront bolos dalam dua kategori pada Anugerah Televisyen Asia (ATA) Ke-25 yang bakal berlangsung, tidak lama lagi.
Tercalon buat kali kedua dalam liga ATA, Bront disenaraikan dalam dua kategori iaitu Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Digital) menerusi lakonannya dalam siri The Bridge 2.
"Saya bangga dan teruja. Namun, apa yang lebih penting, adalah solidariti untuk kita sama-sama menjayakan edisi kali ini ketika seluruh dunia masih diselubungi pandemik COVID-19.
"astinya, saya akan berusaha mempromosikan acara ini kepada komuniti filem serantau dan antarabangsa. Ini termasuk karyawan sama ada secara individu atau menerusi filem mereka," katanya kepada BH Online.
Kredit foto: IG Bront
Tidak meletakkan harapan tinggi, Bront menyerahkan keputusan itu kepada juri dan penganjur.
"Ini kali kedua saya dicalonkan dalam ATA. Sebelum ini, saya dicalonkan untuk filem Eropah, Here I Come arahan Bernard Chauly.
"Saya tidak meletakkan harapan besar. Jika ada rezeki, Alhamdulillah. Saya tidak congak masa depan mengikut urusan pihak lain," katanya.
Sumber: BH Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Betullah, kalau nak kerjaya berkembang kena keluar dari malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Good luck Bront! And congrats!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah teringat lg zaman dia tempelan masa tu aku dah nampak WOW he got something in him |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni laki siapa anak berapa pun i x tahu...
berlakon meletop letop
|
|
|
|
|
|
|
|
Kancilkering replied at 15-1-2021 08:36 PM
dia ni laki siapa anak berapa pun i x tahu...
berlakon meletop letop
Bini dia org2 production jugak, producer x silap. Mcm mix Chinese pon yer. Anak dia perempuan cute gila.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kancilkering replied at 15-1-2021 08:36 PM
dia ni laki siapa anak berapa pun i x tahu...
berlakon meletop letop
Kena follow rapat baru tau. Dia jarang tunjuk. Anak perempuan sorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak harap heols boleh tembus ke pasaran global. Juga akak doakan Bront mendunia di Asia (untuk cerah harapan pegi antarabangsa). |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 15-1-2021 09:25 PM
Akak harap heols boleh tembus ke pasaran global. Juga akak doakan Bront mendunia di Asia (untuk cera ...
Ganja teringin tengok Bront berlakon cerita Thai.
|
|
|
|
|
|
|
|
GegarVaganja replied at 15-1-2021 09:26 PM
Ganja teringin tengok Bront berlakon cerita Thai.
Sama uols. Dan cerita thriller Bollywood bergandingan dengan aktor haibat seperti aruahnya Irfan Khan. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak teringin tengok Bront berlakon mental pegang watak yang hada multiple personality disorder persis perfomance James McAvoy dalam cerita Split.
Ekceli tidak la keterlaluan akak ghasa jika akak katakan Bront Palarae ni versi James McAvoy Asia. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols sangat tak puas hati watak Bront dalam my Stupid Boss. Tenggelam habis disebabkan skrip dan lakon layar yang mcm sengaja nak buat pelakon Malaysia nampak sendu berbanding BCL dan Reza yach. Atikah Suhaimie pun nampak lembam je. Shitpoodah citer Indon suppress bakat besar Bront. Patutlah dia tak muncul lagi dlm My Stupid Boss 2. Filem kita je yg angkat martabat org luar. Filem Indon depa akan buat org Malaysia nampak bodohhhh. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 15-1-2021 09:33 PM
Akak teringin tengok Bront berlakon mental pegang watak yang hada multiple personality disorder pers ...
Kaka best tak movie split?
Klau best iols nak nonton |
|
|
|
|
|
|
|
ATA?? Yang miller menang best supporting actor tu lam award mana ye?
Bront xtercalon eh dlm award yg sama.... |
|
|
|
|
|
|
|
Suka tgk dia blakon dari tgk pelakon nek aida jual rupa dan bukan bakat, then retis yg x hbs2 kezzah psl cinta, nikah, kawin, buat anak mse honeymoon, cerai, tmbh anak, etc..
Bront byk bkisar psl bakat, ini yg kita mahukan dlm industri {:hooray |
|
|
|
|
|
|
|
Org pilem kita tak tgk bakat besar dia
Bakat tip top, rupa pn ada.. hmmm yelah sekarang ramai org pilem kejar rupa, bakat kayu takpe janji muka boleh jual.. sedih! |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus acting dia dalam Bunohan |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 15-1-2021 09:33 PM
Akak teringin tengok Bront berlakon mental pegang watak yang hada multiple personality disorder pers ...
Setuju kaka.. menyesal plak iols tdk mbalas senyuman bront ketika beliau mkn di kedai asam pedas muor sewaktu weols single..cehhh..haha |
|
|
|
|
|
|
| |
|