CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4614|Reply: 26

Syamel Gigih Buat Senaman Cantikkan Badan

[Copy link]
Post time 20-1-2021 03:46 PM | Show all posts |Read mode
Sejak memulakan karier seni pada 2015, transisi penyanyi ini jelas sangat mengagumkan. Bukan sahaja daripada aspek muzik, bahkan keterampilan juga sentiasa dititikberatkan demi mengekalkan jenamanya terus utuh.


Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, terbukti antara anak seni yang ketara berusaha gigih. Meskipun berjaya kekalkan popularitinya, dia tidak berhenti memajukan diri untuk tampil terbaik.


Lebih mengagumkan adalah usahanya untuk sentiasa keluar dari zon selesanya. Bukan sekadar aspek muzik semata-mata, bahkan personaliti dirinya yang ditonjolkan sentiasa memberi kejutan tersendiri.


Demikian juga dilakukannya menerusi pelancaran lagu baharu berjudul Halusinasi baru-baru ini, selepas setahun menyepi tanpa buah tangan. Memilih rentak rancak disertai koreografi tarian dalam video muziknya, Syamel mengambil langkah berani.




Foto: IG




"Saya boleh katakan, penghasilan lagu Halusinasi ini adalah sebuah projek yang agak istimewa. Ini kerana, saya mahu tunjukkan sesuatu yang segar daripada penampilan dan transisi muzik itu sendiri.


"Dikenali sebagai penyanyi lagu berentak balada, saya tidak mahu terus terperangkap dalam zon selesa itu saja. Pernah melancarkan lagu rancak Kau Pun Sama sebelum ini, ternyata ia memberi angin berbeza buat saya.


"Berdasarkan maklum balas yang sangat positif, saya yakin untuk kembali dengan Halusinasi pula. Memang niat saya untuk menonjolkan sisi berbeza selain fikirkan saya perlu mengikuti perkembangan semasa dalam pasaran muzik," katanya.




  



Mengenali Syamel, jejaka ini sememangnya mencetus inspirasi kepada ramai daripada segi penampilan. Demi mencapai bentuk badan ideal, dia begitu konsisten untuk menurunkan berat badannya sejak beberapa tahun lalu.


Misinya itu jelas berbaloi apabila turun 28 kilogram sejak memulakan usahanya lima tahun lalu. Menurutnya, dia melakukan usaha berkenaan bukan untuk memuaskan mana-mana pihak, sebaliknya buat diri sendiri.


"Kalau mengikuti perjalanan karier saya, memang sejak 2015 saya berusaha untuk mendapatkan bentuk badan lebih menarik. Sekarang pun, saya masih aktif melakukan senaman untuk cantikkan lagi badan.


"Bagi saya, proses ini perlu konsisten untuk kebaikan diri juga. Tiada apa yang saya nak buktikan, cuma saya memilih untuk menjaga keterampilan sebagai cara menyelesakan diri sendiri dengan fizikal diingini.


"Tapi, bukan saya terlalu obses terhadap hal fizikal ini, cuma biasalah sebagai lelaki, selagi tidak puas, takkan berhenti. Sasaran saya adalah untuk mencapai berat badan sekitar 68 ke 70 kilogram sahaja. Kemudian, selebihnya saya kekalkan dengan menjaga sahaja," katanya.




  



Bercerita mengenai perkembangan karier, Syamel tidak menafikan kerjayanya sedikit perlahan pada tahun lalu terutama daripada segi muzik. Bahkan, tiada satu lagu pun dihasilkan sepanjang tahun lalu.


Oleh demikian, dia mahu kembali menebus hal itu pada tahun ini demi peminat tersayang. Meskipun dengan situasi semasa yang terkesan dengan Covid-19, dia tetap optimis untuk memastikan perancangan seni tahun ini dilaksanakan.


"Tahun ini, saya memang akan kembali aktif semula dengan melancarkan beberapa lagu selepas tidak berbuat demikian tahun lalu. Untuk lagu solo, ada lagi menyusul selain Halusinasi dan akan ada lagu duet juga.


"Sebenarnya memang sudah banyak perancangan diatur piha k pengurusan buat saya tahun ini. Selain itu, ada juga beberapa projek sudah diatur termasuk yang tertangguh sebelum ini," katanya.


Umum mengetahui Syamel dan tunangnya penyanyi, Ernie Zakri merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini. Hakikatnya, pasangan itu pasti tidak sabar menantikan hari bahagia mereka.


  





Bagaimanapun, situasi pandemik yang semakin membantutkan pelbagai acara sekarang jelas memberi kesan kepada pasangan ini juga. Ia diakui Syamel yang mengatakan agak risau mengganggu perancangan diatur.


"Buat masa ini, kami memang terpaksa 'hold' dulu segala aturan yang sudah dibuat untuk persiapan kahwin kami. Semestinya, kami mengharapka


n ia akan berjalan seperti dirancang, namun akur dengan situasi sekarang yang banyak menyekat pelbagai perkara.


"Lagipun kami bekerjasama dengan ramai pihak termasuk perancang perkahwinan dan sebagainya. Kata putus yang kami buat perlu sebulat suara dan tidak boleh sesuka hati membuat keputusan tanpa persetujuan," katanya.




  



Dalam pada itu, Syamel tidak menafikan dia juga secara peribadi terkesan dengan situasi pandemik sekarang terutama daripada aspek periuk nasi. Meskipun begitu, dia bersyukur segalanya masih terurus baik buat dirinya.


"Sebenarnya, saya tidak layak pun nak bandingkan diri dengan orang lain yang jauh lebih terkesan disebabkan Covid-19 ini. Bagaimanapun, saya akui memang daripada segi tawaran kerja sudah sangat terhad.


"Sebelum ini, punca rezeki saya banyak bergantung kepada tawaran persembahan pada acara di luar. Sekarang kami sebagai artis mengalami kesukaran daripada segi pendapatan," katanya.


Apapun Syamel bersyukur


apabila masih dapat bekerja dengan alternatif lain menerusi platform media sosial. Selain itu, operasi perniagaan kafenya bersama Ernie masih berjalan meskipun sedikit perlahan.




  



"Bersesuaian dengan norma baharu ini, tawaran kerja menerusi media sosial sememangnya banyak membantu. Untuk itu saya sangat bersyukur kerana dapat menjana pendapatan daripada tak buat apa.


"Manakala kafe yang saya usahakan bersama Ernie juga masih beroperasi seperti biasa. Tetapi, pend


apatan diraih agak kurang disebabkan sekarang cuma penghantaran dibenarkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2021 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
elok la tu jaga keterampilan.. jgn retis baru umur 30-an perut dah memboyak.. retis luar negara tu umur dah 50 tp body masih fit..

pantang btol iols retis yg x reti nak jaga keterampilan diri ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiap kali nak bergambar, memang kena juihkan bibir ke syamela???????
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 20-1-2021 04:18 PM
Tiap kali nak bergambar, memang kena juihkan bibir ke syamela???????

tq tolong tnyakan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli muka mcm ni menari gitu...low class betul retis malaysia skang...x majux2...next
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
siriyesssss ahhh?????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2021 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
awwwwwe kelempukkkkk sgt gmbr dgn erni tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 05:22 PM | Show all posts
apa senaman heols buat untuk cantikkan badan?
main dumbell ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2021 05:46 PM | Show all posts
Syamel ni dah nak nampak mcm ke arah sam smith.
cepatla ko kawin dgn erni, biar tau kesedapan sblm pikir nk ke arah sam smith ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 20-1-2021 04:18 PM
Tiap kali nak bergambar, memang kena juihkan bibir ke syamela???????

Baru nak ckp tp @Kurex dah ckp dulu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala bukan handsome pun kalau nak kurus.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
versi aizat 2.0
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 09:45 PM | Show all posts
Mmg kene kemut bibir bile ade kamera ke?
Maybe allergic kot.
Kene gi check tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni overrr gilerrr... Meluat..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kena rileks kan mulut dia tu.. nmpk tegang
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 20-1-2021 09:36 PM
versi aizat 2.0

Ha ah..sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2021 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
No dount dia gigih kuruskan diri dan he did that gradually. Takde nampak kurus sakit. Memang dia aktif bersukan . Well done .

Cuma part menari tu over nye beebanding rentak lagu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai dgn zulin, kurus pon tetap.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 11:56 PM | Show all posts
muka tehtapppppp x leh alter uolssssssszahh

badan sado kena la seiring dgn wajah
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 12:03 AM | Show all posts
Makin macam pierre andre anak katijah tan dah aku nengok kelempuk ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.230260 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list