Ekoran daripada penularan wabak COVID-19 ketika ini, ada pesakit yang perlu menjalani kuarantin sendiri di rumah, mengikut kepada kriteria seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pesakit yang menjalani kuarantin sendiri di rumah perlulah mengasingkan dirinya daripada ahli rumah yang lain sepanjang tempoh kuarantin sehinggalah pesakit itu disahkan sembuh.
Gambar hiasan
Justeru, bagi sepanjang tempoh kuarantin itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkongsi saranan dan cara yang betul ketika mencuci pakaian dan linen yang telah digunakan oleh pesakit:
1. Simpan pakaian atau linen di dalam beg plastik dan ditutup sehingga ia dibasuh.
2. Jangan campur dengan pakaian ahli keluarga atau rakan serumah yang lain.
3. Pakai pelitup muka dan sarung tangan ketika mengendalikan pakaian kotor.
4. Jangan goncang pakaian dan linen kotor kerana virus boleh merebak ke udara.
5. Gunakan air dan sabun pencuci pakaian biasa untuk membersihkan pakaian dan linen.
6. Sebaik-baiknya, cuci pakaian dan linen dengan air panas 60°C sehingga 90°C. Jika cucian tangan, rendam pakaian di dalam air panas terlebih dahulu sebelum mencuci.
Kredit foto: KKM
7. Buka sarung dangan dan cuci tangan menggunakan sabun selepas selesai mencuci.
8. Keringkan pakaian dan linen di bawah sinar matahari.
9. Cuci tangan selepas menyidai pakaian dan linen.
Kalau bukan time covid19 pun masuk je dalam mesin letak sabun terus on tak adanya nak goncang pakaian sehelai2 yang buat macam tu lebih kepada habits je.
Betul utk pesakit covid, tak payahlah kibas2 segala baju, terus sumbat aje dlm washer.
Tapi dlm keadaan biasa, aku masih teruskan habit tu sb fobia handphone pernah jahanam dlm washer. Yg anak2 aku pulak earphone paling byk menemui ajalnya
so kalau goncang pakaian akan jadi apa ? Virus berterbangan masuk hidung mulut mata ? Tapi virus tak dak sayap so nak terbang camna walau goncang pi lah mcm mana pun baju2 tu ?
KKM ada bukti sahih ke yg boleh tunjukkan virus ada sayap nih ? Oooooo Ok picaya babi buta je ye sayap punggg sayap laaa
, kalau depa jalan je mesti prop prap prop prap bergoncang2 melambai2 maaa ppe tuh ,so kemana saja depa pi bermakna depa laaa penyebar virus paling efisen ye jawabnya kalau virus ada sayap la kann macam yg KKM dok war war kan tuh
nah tonton video nih dari minit 29.26 tengok sundrik on site PPE yg di pakai memang berdiri tegak pungg melambai2 je plastiknya tuh, ketika doktor tuh ditemuramah tengok cara doktor tu explain mesti tgn dia sentiasa dia gerakkan tak henti2 plak tu , pergerakan camtu membuatkan ppe di tgn dia tu umpama di goncangnya laaa kann, kalau dah gitu tabiat doktor tuh makna depan sapa saja yg dia bercakap utk explain something nescaya dia goncang ppe dia lah apabila dok gerak2 kan tangan dia camtu