View: 9481|Reply: 72
|
[Tempatan]
Pahang tarik gelaran Datuk Farid Kamil dan Boy Iman
[Copy link]
|
|
Pahang tarik gelaran Datuk Farid Kamil dan Boy Iman
https://www.kosmo.com.my/2021/02 ... kamil-dan-boy-iman/
Oleh KOSMO!
10 Februari 2021, 5:26 pm
Farid Kamil, dan Boy Iman tidak lagi dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang serta-merta.
KUANTAN – Dua pelakon sensasi yang sebelum ini dikurniakan Darjah Kebesaran oleh Istana Pahang, tidak lagi dibenarkan menggunakan gelaran Datuk berkuat kuasa serta-merta.
Mereka ialah Farid Kamil Zahari atau lebih dikenali sebagai Farid Kamil, dan Noruliman A Rahman atau Boy Iman.
Kedua-duanya sebelum ini dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Perkara itu diumumkan melalui satu kenyataan media dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Pahang selaku Pendaftar Darjah.
“Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama berikut ditarik balik dan dibatalkan.
“Penama terbabit tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang serta-merta,” kata kenyataan itu.
Selain dua individu itu, tiga ahli perniagaan turut diarahkan menyerahkan kembali pingat dan Darjah Kebesaran diterima.
Individu berkenaan ialah Wong Shee Kai @ Ricky (DIMP) ; Tran Thi Mai @ Maimunah dan Syed Mohammad Faiz Syed Azemman.
Surat penarikan balik gelaran itu berkuat kuasa 1 Februari lalu.- K!ONLINE
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lupa plak Farid Kamil ni ada dpt Datuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hidup xde dapat tittle apa-apa lebih memudahkan jalanan kita di dunia yang fana ini ,berbanding terpaksa membawa gelaran dan mesti behave selari dengan tittle yang dibawa.
Penat . |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni panggil Encik ja la |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu masa boy iman ni dapat Datuk, ramai xpercaya. Takkanla boy ni sesaje petik sultan pahang kasi Datuk dkt dia |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Moga ramai lagi yang tak layak akan ditarik balik |
|
|
|
|
|
|
|
Kepada Kosmo plak, sila tarik gelaran "pelakon sensasi" tu.
Celah mana sensasinya boyiman tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tgok parid dah ada up kat ig heol. Baru 13 minit yg lpas. |
|
|
|
|
|
|
|
dua2 ada kes polis kot
sebab tu tarik balik
aku lebih tertarik nama Tran Thi Mai @ Maimunah
chinese? thailand? |
|
|
|
|
|
|
|
gekkou replied at 10-2-2021 07:34 PM
dua2 ada kes polis kot
sebab tu tarik balik
Vietnam pun boleh |
|
|
|
|
|
|
|
Lg 3org tu kes ape
Kes datuk lempang anak vip tu bla.nak tarik blk? |
|
|
|
|
|
|
|
Melambak dapat datuk dari negeri ni..kawan I yg cuma biz spa pun dapat datuk dari negeri nie. |
|
|
|
|
|
|
|
Hrap lepas ni tarik balik ramai2, pulangkan duit2 tu ramai xlayak. FK tu dah la banduan tiba2 dpt dato |
|
|
|
|
|
|
|
Lorhhh, ingatkan pingat tepi pagar tu memain rupanya btul..bgus la kne tarik blik Dato' si Belon n Mat Dadih ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|