View: 10606|Reply: 128
|
Ikan Keli Jijik -Diberi Makan Bangkai, Darah Ayam, Telur Tembelang
[Copy link]
|
|
MELAKA: Menjijikkan apabila sebuah syarikat penternakan ikan keli di Masjid Tanah, di sini, memberikan bangkai ayam, telur tembelang serta darah ayam sebagai makanan ternakan itu.
'Kerja gila' pengusaha kolam berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu itu dikatakan mampu membuatkan ikan keli berkenaan cepat membesar, sekali gus memberi pulangan hasil lumayan kepada mereka.
Bagaimanapun, kegiatan pengusaha terbabit terbongkar berikutan tindakan mereka melepaskan air kolam itu ke sungai terbuka menyebabkan bau busuk di sekitar kawasan berkenaan.
Foto: Harian Metro
Air kolam hitam dan berbuih itu dilepaskan ke Sungai Baru di Masjid Tanah sehingga menyebabkan ribuan hidupan sungai mati.
Susulan itu, penduduk membuat laporan kepada Badan Kawal Selia Air (BKSA) pada Februari tahun lalu, sebelum pihak berkenaan melakukan siasatan.
Justeru, semalam, pengusaha kolam ikan keli itu didapati bersalah melepaskan air tidak dirawat ke sungai dan dikompaun RM12,000 oleh BKSA mengikut Seksyen 39(a) Enakmen Sumber Air (Negeri Melaka) 2014.
Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, kolam ternakan ikan keli wajar dikenakan tindakan kerana ia menjadi punca pencemaran air di sungai utama di negeri ini pada Februari tahun lalu.
"Kolam berkenaan didapati cuai melepaskan sisa darah ayam, telur busuk dan air kolam keli ke dalam sungai, sekali gus menyebabkan ikan sungai mati selain membuatkan air sungai berbau busuk sehingga ke Pekan Masjid Tanah.
"Saya sudah melawat ke kolam berkenaan tahun lalu dan mendapati penternak menggunakan darah ayam, telur tembelang dan bangkai ayam untuk menternak keli.
"Keadaan di situ berbau sangat busuk dan tindakan pengusahanya sangat tidak bertanggungjawab," katanya pada sidang media di pejabatnya di Pengkalan Batu, di sini, hari ini.
Foto: Harian Metro
Hadir sama, Pengarah BKSA negeri, Faizah Abdul Rahman.
Norhizam berkata, hukuman itu jelas membuktikan ketegasan kerajaan dalam memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara.
Beliau berkata, kompaun dikenakan itu bagi kesalahan pertama dan jika melakukan kesalahan berulang, jumlah kompaun maksimum RM125,000 atau RM1,000 setiap hari akan dikenakan.
Sehubungan itu, beliau memberi peringatan kepada semua penternak dan petani di negeri ini agar sentiasa mematuhi peraturan dan tidak menyebabkan pencemaran kepada sumber air negeri.
Pada Februari tahun lalu, media melaporkan penduduk di sekitar Pekan Masjid Tanah terpaksa menahan bau busuk akibat pencemaran sungai yang disebabkan oleh sebuah kolam ternakan ikan keli.
Pengusaha kolam berkenaan didakwa menggunakan darah dan telur ayam busuk yang dipercayai diperoleh daripada sebuah kilang penyembelihan ayam sebagai makanan ikan dan kemudiannya melepaskan air kotor itu ke saliran masuk ke sungai berhampiran.
Masalah itu bukan sahaja menimbulkan masalah bau busuk, bahkan menyebabkan ribuan ikan mati dan terapung di kawasan parit, longkang dan sungai di sekitar pekan berkenaan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku baca pun nk muntah....kuat betul ikan keli ni hidup... |
|
|
|
|
|
|
|
Betul2 ikan keli organik. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik aku jenis x mkn ikan. |
|
|
|
|
|
|
|
dah la feveret iols ikan keli berlado |
|
|
|
|
|
|
|
euww..
mujur sejak azali aku tak makan ikan ni
dalam Bible, ikan keli adalah haram
|
|
|
|
|
|
|
|
unoryah replied at 17-2-2021 09:08 AM
euww..
mujur sejak azali aku tak makan ikan ni
ooo....iya ke?....
dlm bible ada tulis specific iya nama ikan yg haram & halal di mkn.....
sbb dlm Quran bgtau contoh tak blh mkn binatang dua alam.....jd ulama le yg huraikn apa tu binatang dua alam....
pastu dlm quran pun tak bg maknusia jd dua alam..... |
|
|
|
|
|
|
|
dlm bible plak, babi adalah halal...
|
|
|
|
|
|
|
|
Justeru, semalam, pengusaha kolam ikan keli itu didapati bersalah melepaskan air tidak dirawat ke sungai dan dikompaun RM12,000 oleh BKSA mengikut Seksyen 39(a) Enakmen Sumber Air (Negeri Melaka) 2014.
Norhizam berkata, hukuman itu jelas membuktikan ketegasan kerajaan dalam memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara.
kahkahkah rm12000 je denda, takde masalah tokey keli nak bayar banding dgn masalah yg dia timbulkan
|
|
|
|
|
|
|
|
sejak keluar mcm2 cerita pasal cara pembelaan keli ni, terus tak mkn keli dh
kecuali kwn2 atau saudara sendiri yg bela & kita tau cara belaan tu elok, baru la ngap |
|
|
|
|
|
|
|
iols mmg takleh telan ikan ni.. tgk pun geli.. sbb makcik iols cerita, suami dia keje syarikat air satu negeri tu, pastu ada masa tu takde air, dorang kena hntr kat satu tmpat ternakan keli ni, owner dia cainis kot, bagi keli2 tu makan daging babi.. sejak tu pakcik iols haramkan ikan keli utk keluarga dia..
pastu masa i study, kat uni i, dalam longkang bawah blok je, kemain sihat membesar keli dlm tu.. rasanya mmg nature ikan keli makan sampah2 kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
iya ke. first time dengar
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingat ikan laga je takyah oksigen. Ada forumer kata boleh bela pakai air paip je
Taktau pulak keli pun robust
Benih keli kalau tak cukup makan dan tak cukup space dia makan ekor kawan dia |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas tu orang melayu makan ikan keli... |
|
|
|
|
|
|
|
dlm bible gak ada citer psl meremas remas remas remas puting
teringat forumer pastor darien fawkes
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana tak banyak khasiat.. Consider babi air dah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Loya tekak.
Mujur tk berapa minat ikan ni |
|
|
|
|
|
|
|
pastor kick dan pastor john ka stinger...?
|
|
|
|
|
|
|
|
eh kenapa ayat bible ni kata jgn makan babi .. sajalah google
Leviticus 11:7-8 ESV / 7,171 helpful votes
And the pig, because it parts the hoof and is cloven-footed but does not chew the cud, is unclean to you. You shall not eat any of their flesh, and you shall not touch their carcasses; they are unclean to you.
Deuteronomy 14:8 ESV / 6,782 helpful votes
And the pig, because it parts the hoof but does not chew the cud, is unclean for you. Their flesh you shall not eat, and their carcasses you shall not touch.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|