CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4843|Reply: 35

Penyewa Pindah Diam-Diam Je! -Rumah Sewa Penuh Dengan Tahi, Lampin Bernajis Dan

[Copy link]
Post time 17-2-2021 12:31 PM | Show all posts |Read mode
Jijik! Begitulah gambaran buat bekas penyewa yang selamba mengosongkan rumah yang disewanya dengan meninggalkan lampin bayi yang bernajis.


Penemuan menjijikkan itu disedari oleh seorang gadis bersama adik perempuannya sewaktu kunjungan mereka ke sebuah rumah yang disewakan kepada sebuah keluarga.


Kekecewaan gadis tersebut diluahkan menerusi video di laman TikTok.



Kredit foto: mStar


Bercakap kepada mStar, gadis berkenaan berkata, rumah tersebut adalah milik datuknya berusia lewat 60-an, yang disewakan kepada pasangan suami isteri bersama empat anak mereka.


Hanya mahu dikenali sebagai Intan, rumah teres satu tingkat di Kota Tinggi, Johor itu dihuni oleh keluarga terbabit sejak 2016, manakala dia merupakan antara ahli keluarga yang diamanahkan oleh datuknya untuk mengutip bayaran sewa rumah berkenaan.


"Bagaimanapun, baru-baru ini kami sekeluarga didatangi oleh seorang individu yang bertanyakan tentang rumah tersebut untuk menyewa dan mahu melihatnya terlebih dahulu.


"Kami pelik sebab rumah tu masih ada penyewa. Tapi kemudian kami dimaklumkan oleh jiran-jiran yang rumah tersebut baru saja dikosongkan dan penyewa sekeluarga itu telah berpindah ke tempat lain," katanya ketika dihubungi.








Gadis berusia 19 tahun itu berkata, mereka kemudian menghubungi penyewa tersebut berhubung perkara yang berlaku dan memintanya untuk memulangkan kunci rumah.


"Bila saya datang periksa rumah sewa tu, keadaannya tak seperti mula-mula mereka masuk menyewa. Ada banyak barang seperti perabot lama yang ditinggalkan dan tidak dibuang.


"Dinding rumah luar dan dalam dipenuhi conteng budak-budak. Saya tahu mereka ada anak-anak kecil dan paling besar pun berusia enam tahun, tapi takkan pindah keluar tinggalkan macam tu saja... nak jadikan wallpaper (kertas dinding) untuk penyewa baru ke?" soalnya.








Menurut Intan, di bahagian dalam rumah pula terdapat lampin bayi yang masih belum digunakan selain lampin bayi yang telah digunakan dengan dipenuhi air kencing.


"Mereka tak kemas seluruh rumah sebelum pindah keluar. Lantai tak disapu, sampah merata-rata. Paling teruk di dapur, sampai ada longgokan sampah yang sudah berulat.


"Bekas-bekas telur ditinggalkan. Bila kami alihkan, rupa-rupanya ada tikus buat 'sarang'. Banyak tahi tikus yang kami jumpa sana sini," ujar anak sulung daripada dua beradik itu.


Namun, apa yang paling mengejutkan Intan adalah bil air berharga kira-kira RM224 yang dijumpai di tingkap hadapan rumah sewa berkenaan.








"Bila saya kemas-kemas di bahagian dapur, terjumpa satu lagi bil elektrik bulan Januari 2021 dalam longgokan kertas yang mana jumlahnya adalah lebih RM3,300.


"Kedua-duanya adalah bil pada bulan lepas dan saya tengok jumlahnya tinggi disebabkan tunggakan. Tapi kenapa dibiarkan saja dan tak bayar sebelum keluar rumah, takkan tuan rumah pula yang kena bayarkan tunggakan bil air dan elektrik mereka," katanya.


Intan berkata, keluarganya kini cuba untuk berurusan dengan bekas penyewa berkenaan bagi melunaskan tunggakan bil yang tidak dijelaskan selain membayar kos untuk membaik pulih disebabkan beberapa kerosakan di rumah yang dihuni mereka selama bertahun-tahun.









"Rumah bersepah, kotor dengan dinding penuh conteng itu satu hal, ada soket di dinding yang rosak dan perlu diperbaiki. Kami tuan rumah yang kena kemaskan untuk mereka.


"Saya mahu ingatkan kepada penyewa-penyewa atau bakal penyewa di mana-mana, jadikanlah rumah sewa itu seperti rumah sendiri, ada rasa tanggungjawab.


"Kalau mula-mula masuk rumah tu cantik dan bersih, macam tulah keadaannya bila pindah keluar. Bukannya dibiarkan teruk macam dah tak serupa rumah," katanya dengan nada kesal. -CARI


Sumber: mStar Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2021 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat report polis jelah dik kalau dah macam gini. Then biarkan bekas penyewa GTH tuh kena blacklist dengan mana2 tuan rumah yg nak sewakan rumah. Dasar anjirrrrr mix babih
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 01:00 PM | Show all posts
Sebab tu dah makin ramai malas nak ada rumah sewa sekarang nak sebab dah malas nak layan penyewa pengotor macam ni belum lagi nak kena keluar duit untuk baiki kerosakan yang dilakukan.  Sebab tu sebelum pulangkan duit deposit elok tuan rumah datang periksa dulu.  Kalau ada kerosakan, kekotoran yang tak dibersihkan dining yang kotor pastikan penyewa baikinya dulu sebelum keluar.  Kalau mereka tak wang deposit kira hangus je sebab nak guna wang tu untuk baiki apa yang rosak dan bersihkan yang kotor.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam kandang babi je. Jahat betul perangai.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruknya perangai.

"Namun, apa yang paling mengejutkan Intan adalah bil air berharga kira-kira RM224 yang dijumpai di tingkap hadapan rumah sewa berkenaan."

"Bila saya kemas-kemas di bahagian dapur, terjumpa satu lagi bil elektrik bulan Januari 2021 dalam longgokan kertas yang mana jumlahnya adalah lebih RM3,300."

Semoga satu hari nnt kau akan dapat balasan atas kejahatan kau sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang tuan rumah mmg x check ke bil api bil air? Penting tu. Bukan Hanya sewa bulanan je. Isk isk.

Makcik Aku bagi sewa rumah kat budak2 university, dia mmg selalu pi check rumah. Dia citer, budak2 mmg rengsa la tapi dia peduli apa. Dah rumah dia. Xsuka jangan sewa rumah dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2021 01:23 PM | Show all posts
kdg2 tuan rumah pon jenis ham sap sebab tu la tenant buat taik. 4 thn sewa skali pon tak pernah jenguk rumah yg disewakan? mmg jenis tuan rumah tak bertanggungjawap juga la ni. iols dulu pon pernah sewa dgn owner melayu, mmg jenis ham sap, i masuk rumah tu pon mmg dah teruk, suruh cat taknak, repair bocor taknak, boleh kata mahal nak repair habis ko nak aku duduk dlm keadaan sentiasa bocor??? buang perabot patah ko pon ko tak kasi, i nak beli furniture baru sebab furniture dia semua dah rosak boleh dia ckp syg dia nak buang baru beli, jgn buang, i ckp kalau dia nak dia simpan rumah dia i nak pakai furniture i sendiri, sampai ke sudah tak angkut furniture patah, i buang saja. masa i pindah pon i buat taik juga mcm ni bersepah 1 rumah termasuk taik kucing i pon i biarkan saja. baik sewa dgn cina, kita ckp rumah dia bocor esok dah terus contractor dtg tgk betul ke tak. kalau dia busy pon dia suruh kita repair sendiri pastu potong duit sewa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruk betul perangai,main tinggal mcm tu je!

Ni kalau duk mana2 mmg akan bt taik jah..msti hidup semikin jah sbb pengotor..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2021 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ee tak beradabnya, pengotor ya rabbi! Kita nak kluar dari rumah sewa tu biar bersih, sapu and mop lantai, cuci toilet, jgn susahkan tuan rumah. Jangan tinggal sampah. I wonder org cmne la dorang ni, selekeh dan kurang ajar. Bil ulitiliti pun tertunggak banyak. Boleh amik tindakan apa yek, i mean kalau ada akta2 berkaitan ke..?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
cyber_mania replied at 17-2-2021 01:09 PM
Yang tuan rumah mmg x check ke bil api bil air? Penting tu. Bukan Hanya sewa bulanan je. Isk isk.

...

Ada y jenis tuan rumah percaya 100% kt penyewa n dia ckp org tu duk bertahun jgk kt rumah dia kn..maybe dia pn x sangka perangai mcm ni sbb sewa rumah byr kan..or penyewa tu kira bil2 tuan rumah kena byr..discuss laa dorg berdua..hehe~
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
cyber_mania replied at 17-2-2021 01:09 PM
Yang tuan rumah mmg x check ke bil api bil air? Penting tu. Bukan Hanya sewa bulanan je. Isk isk.

...

Skrg xpyh dtg dah. Kan boleh daftar online je guna apps mytnb. So boleh cek situ je tgk penyewa ada tggakan byk ke x
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 02:25 PM | Show all posts
sesiapa yang sewakan rumah,  buat agreement...  bawak agreement tu pi tnb n tukar nama ke penyewa...  jadinya, kalau penyewa tak bayar, dia yang kena dengan tnb...  bukan kita...

aku bersyukur pernah dapat owner yang sangat2 baik...  dua kali... satu usj dan satu lagi puchong...  disebabkan kebaikan diorang, sebelum keluar aku basuh rumah bersih2, betulkan mana2 kerosakan, pastu tunggu deme mai rumah n bagi diorang check n serahkan kunci elok2...

kita ni duduk rumah orang, jaga la adab...  memang kita yang bayar sewa tapi tu bukan alasan nak jahanamkan rumah...  cuba kalau rumah sendiri, ko bayar bulan2, ko jahanamkan jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 02:30 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ko jenis manusia yang beli rumah kos rendah atau sederhana banyak2.... semata2 nak sewakan.. lepas tu acah2 ko hebat bg tips kat org macam mana nak kaya dgn rumah sewa aku nak kata ni mmg kifarah untuk kau
Sebab amik hak org miskin sampai harga rumah melambung dan dorg xmampu beli rumah..kena macam ni padan muka ko!

Tapi kalau ko bukan macam tu semoga penyewa ni Allah balas kejahatan dia tu yg menyusahkan org dan menjahanamkan harta benda orang lain..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 03:10 PM | Show all posts
antara sebab aku choosy namampos bab tenant

mampos la org cakap apa

rumah aku bayar berpuluh tahun ko sedap duduk macam jin jahanam rumah aku

hujung2 jadi macam post ni

no tq
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 03:38 PM | Show all posts
ingatkn yg dah befamili ni pangai semenggah
rupanya haokkk
org mcm ni x bole bg sewa
biar pi dok dlm zoo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2021 08:02 PM | Show all posts
dasar sakai madai
elok merempat bawah jambatan
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ewww jijik jijik jijik
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyewa dari neraka jahanam namanya {:dot
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 09:45 PM | Show all posts
Edited by Meiizu at 17-2-2021 09:48 PM

Aku dah ckp penyewa kotor ni bukan kira ko single atau ber family....nasib jugak sebab tu perangai individu.
Tambah2 yg anak berderet tu dia biar je anak conteng dinding ,habis smua anak nak karate.Kes lari tgh mlm ni slalunya laki bini jugekkk
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54446 Replies : 4
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
"Kita usaha, bukannya duduk saja", Zain Saidin akhirnya bersuara, sedang gigih jual minyak wangi
maklukpenggoda"Kita usaha, bukannya duduk saja", Zain
Views : 57284 Replies : 124
Pelancong Malaysia Dihantar Pulang Walaupun Telah Melengkapkan Semua Dokumen Termasuk K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization) , Mengapa Makin Susah Nak Masuk Korea?
YgBenarPelancong Malaysia Dihantar Pulang Walau
Views : 49083 Replies : 76
Konsert Siti-Judika bak 'muktamar PAS, kerusi takde nombor' mutu penganjuran hauk-sehauknya (level funfair beb)!!!
maklukpenggodaKonsert Siti-Judika bak 'muktamar PA
Views : 10851 Replies : 29
Sindiket 'Counter Setting' masih beroperasi di KLIA, dakwa sumber
AbahmungSindiket 'Counter Setting' masih
Views : 55281 Replies : 5
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282552 Replies : 8330
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 146957 Replies : 2475
Pasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Bedah Siasat/Ulasan/Gosip Santai (Post #1 UPDATED)
kakasotongPasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Beda
Views : 191790 Replies : 10011
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2250 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.048590 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list