View: 3163|Reply: 24
|
Tabung Haji bagi 3.1 peratus keuntungan pada pendeposit. 2019 cuma 3.05 peratus
[Copy link]
|
|
TH agih untung 3.1 peratus kepada pendeposit
Oleh Mohd Zaky Zainuddin - Mac 2, 2021 @ 12:31pm
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat yang lebih baik sebanyak 3.10 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 kepada kira-kira sembilan juta pendepositnya.
Agihan keuntungan tahun lalu itu tinggi sedikit berbanding 3.05 peratus bagi 2019.
Agihan keuntungan bagi tahun 2020 juga membabitkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada tahun 2019.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, berkata prestasi kewangan TH pada tahun lalu kekal positif meskipun persekitaran ekonomi negara dan dunia berada dalam keadaan tidak menentu sejak penghujung tahun 2019 akibat COVID-19.
"Alhamdulillah, pendeposit TH dapat menikmati keuntungan yang lebih baik bagi tahun 2020 walaupun berdepan ekonomi yang kurang baik tahun lalu.
"Sebagai institusi yang memegang amanah mengurus hampir RM77 bilion deposit umat Islam Malaysia, TH akan terus memastikan dana ini dilaburkan dengan selamat agar kekal mampan," katanya dalam satu kenyataan.
Zulkifli berkata, setakat 26 Februari lalu, jumlah deposit di TH mencecah RM76.7 bilion, paras tertinggi dalam sejarah, sekali gus mencerminkan keyakinan pendeposit.
TH ditubuhkan pada 1963 dengan tujuan untuk membantu umat Islam Malaysia menyimpan wang sedikit demi sedikit bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima.
Sementara itu, TH turut melunaskan pembayaran zakat sebanyak RM106.2 juta bagi tahun 2020 berbanding RM86 juta pada tahun 2019.
"Oleh itu pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka. Pembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara," tambah Zulkifli.
Urus niaga TH akan ditangguhkan sementara waktu bermula jam 8 malam, hari ini hingga jam 12 tengah hari, esok bagi melancarkan urusan agihan keuntungan.
Pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing selepas jam 12 tengah hari, esok menerusi aplikasi THiJARI, kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat dan saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.
Berhubung ibadat haji, Zulkifli berkata, sehingga kini kerajaan Arab Saudi masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai musim haji tahun 2021 walaupun sudah menerima kira-kira 100,000 jemaah umrah sejak 1 November 2020.
"Tahun lalu, ibadat haji ditangguhkan akibat COVID-19 yang melanda negara dan seluruh dunia. Marilah kita terus berdoa agar wabak ini pulih sepenuhnya dan kita dapat menjadi tetamu Allah di tanah suci semula.
"Walaupun masih belum mendapat pengesahan tentang ibadat haji tahun ini, kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan. Oleh itu saya menasihati semua bakal haji untuk mengikuti kursus asas haji mingguan yang sedang dianjurkan oleh TH secara dalam talian.
"Bakal haji juga perlu menjaga kesihatan diri dengan menjaga pemakanan dan lakukan senaman kerana ibadat haji menuntut kekuatan fizikal dan mental," katanya.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah.. 3% is not bad at all.. nak gi check la japgi online je kan |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 2-3-2021 12:43 PM
alhamdulillah.. 3% is not bad at all.. nak gi check la japgi online je kan
Bsok kak baru blh check |
|
|
|
|
|
|
|
ha ye ke.. idok le banyak pun.. beberapa ratus je kot dpt dividen ni, simpanan i kat sini tak byk pun.. just bg tujuan haji masa depan
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat ada sekor forumer meroyan kata tabung haji bukan badan pelaburan
dia sndiri penganut kristian
sibuk hal tabung agama org
bizibodi mat kepoh |
|
|
|
|
|
|
|
Hehehe..
Syukur.. syukur.. ingat akan dpt 1-2% je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah... ingatkan lagi teruk sebab TH byk invest kat Saudi sana kan |
|
|
|
|
|
|
|
3.1% not bad lah biarpun aku harap tahun ni cecah 4% |
|
|
|
|
|
|
|
soslaili replied at 2-3-2021 01:31 PM
Hehehe..
Syukur.. syukur.. ingat akan dpt 1-2% je.
Fobia aku 1% PH ni.. siap bangga umum pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
2020 - 3.10 %
2019 - 3.05 %
2018 - 1.25 %
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg saving
better peram TH dr asb
coz asb 5% lom tolak zakat |
|
|
|
|
|
|
|
ai baru check maybank2u tak update lagi.. mungkin esok baru update |
|
|
|
|
|
|
|
not bad. sebab dah tolak zakat.
banding dengan asb belum tolak zakat. |
|
|
|
|
|
|
|
tahun lepas th tak keluar banyak duit untuk subsidi haji.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cek tadi belum hapdet. Esok la kot |
|
|
|
|
|
|
|
tagas replied at 2-3-2021 03:38 PM
Yg saving
better peram TH dr asb
Iyooo...dividen ASB aku taun nih dalam RM1200 lebih.
Zakat simpanan kena bayar dalam RM800 lebih.
Macam better letak dalam TH jek. |
|
|
|
|
|
|
|
Para pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing selepas pukul 12 tengah hari pada hari Rabu, 3 Mac 2021 menerusi aplikasi THiJARI, kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat dan melalui saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Rahah at 2-3-2021 09:22 PM
Alhamdulillah... sekurang2nya ada jugak walaupun tak banyak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|