"Tak perlu malu kerja sebagai pengawal keselamatan."
Seorang pemuda yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Terengganu tular apabila video-videonya di platform Tik Tok mendapat sambutan ramai netizen.
Dengan melangkah penuh bergaya ketika melakukan kerjanya, Nur Haadi Abdul Rani, 20 membuktikan kerja yang selama ini dipandang remeh mula dirisik oleh anak muda sebayanya.
Pada mulanya Hadi hanya berkongsi mengenai tempat kerjanya sahaja tanpa menyangka yang ianya akan tular sepertimana diceritakan kepada portal mStar.
Foto :Tik Tok
Bagi Haadi, dia berasa bangga apabila video tersebut memberi persepsi baru terhadap pekerjaan pengawal keselamatan. Malahan, bukan lelaki sahaja yang berminat dengan pekerjaan tersebut tetapi ada juga gadis-gadis yang turut bertanyakan hal sama.
"Alhamdulillah, semua komen positif. Masa awal dulu, ada yang mesej, dia kata, ala security ja pun."
Foto : Tik Tok
Bagaimanapun, anak keempat daripada tujuh beradik ini tidak melatah apabila menerima komen negatif kerana memahami media sosial memang begitu.
"Saya tak ambil hati. Alhamdulillah, gaji security pun okey. Boleh tampung kehidupan saya dengan mencukupi."
Memandangkan popularitinya mencanak naik, Haadi turut mengakui yang menerima tawaran dari kedai makan untuk membuat review dan juga mesej untuk berkenalan.
Foto : Tik Tok
Namun, buat masa ini dia masih belum bersedia menerimanya kerana tidak mempunyai keyakinan untuk bercakap di depan kamera. Dalam masa sama dia tidak menolak rezeki yang ada apabila benar-benar bersedia.
Wah! Kerja pak guard pun laku ya. Jadi, adakah makin ramai anak muda berduyun-duyun menggantikan warga asing selepas ini? Atau sebenarnya rupa yang menentukan popular atau tidak? - CARI
|