Gemar beli makanan di gerai tepi jalan, anakanda Agong raih pujian netizen
Sesiapa yang mengikuti perkembangan keluarga Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pasti sedia maklum mengenai keramahan baginda bersama rakyat jelata. Malah, sifat ramah itu bukan dimiliki oleh Baginda sahaja, ia turut diikuti oleh anakandanya iaitu Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim. Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Baru-baru ini, Tengku Hassanal ada memuat naik beberapa keping gambar di laman sosial Instagram miliknya. Menerusi perkongsian tersebut, baginda mempromosikan sebuah gerai yang terletak di tepi jalan. Gambar pertama menunjukkan beliau berdiri bersebelahan peniaga di hadapan kedai baru, manakala kedua pula menunjukkan Tengku Hasanal sedang duduk di gerai lama yang dipromosinya.
“Pakcik saya ni sudah menaiktaraf dan mengembangkan gerainya di Felda Bukit Goh, alhamdulillah. Jika anda ingin mencarinya, dia sentiasa memakai tanjak! Kelapa yang dijual sangat segar,” tulisnya di ruangan kapsyen.Menurut pemuda berusia 25 tahun itu, baginda sudah mengunjungi gerai tersebut sebelum gerai itu dinaik taraf lagi. Selain itu, baginda turut berkongsi bahawa peniaga gerai berkenaan gemar memakai tanjak serta air kelapa yang dijualnya asli dan segar. Sudi beli makanan di gerai tepi jalanMeninjau ke ruangan komen, perkongsian baginda meraih pujian daripada netizen di mana rata-rata mereka kagum dengan kesudiannya membeli makanan di gerai tepi jalan. Berikutan itu, ramai netizen meninggalkan komen positif dan masing-masing berpendapat bahawa sifat baginda tidak tumpah seperti ibu dan bapanya yang berjiwa rakyat.
Berikutan ayahanda Tengku Hassanal menaiki takhta sebagai Sultan Pahang yang ke-6, beliau dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang yang dimasyhurkan pada 29 Januari 2019.
|