View: 9236|Reply: 57
|
Apakah langkah yang baik untuk mengurangkan kadar kolesterol (Cholesterol) yang
[Copy link]
|
|
Apakah Itu Kolesterol▲
Kolesterol merupakan sejenis lemak dalam badan. Bahan ini mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Ramai orang kerap bimbang mengenai masalah kolesterol tinggi dalam badan kerana implikasinya sebagai salah satu punca pelbagai jenis penyakit yang berbahaya.
Terdapat beberapa jenis kolesterol dalam badan kita yang perlu diketahui iaitu:
‘Low density lipoprotein’ (LDL). Ini merupakan kolesterol yang tidak baik untuk kesihatan. Ia juga dikenali sebagai ‘bad cholesterol’.
‘High density lipoprotein’ (HDL). Ini pula merupakan kolesterol yang baik untuk kesihatan. Ia dikenali sebagai ‘good cholesterol’.
Apakah Fungsi Kolesterol Dalam Badan▲
Kolesterol mempunyai beberapa fungsi penting untuk tubuh badan kita. Antara fungsinya ialah:
Menghasilkan vitamin D dalam badan
Membolehkan badan menghasilkan beberapa hormon penting
Membantu menghasilkan ‘bile acids’ yang merupakan bahan penting untuk sistem pencernaan
Meyumbang kepada pembinaan struktur sel badan
Apakah Sebab Tahap Kolesterol Menjadi Tinggi Dalam Badan▲
Kadar kolesterol yang tinggi dalam badan sangat membahayakan kerana ia boleh mendatangkan pelbagai penyakit serius. Terdapat beberapa sebab yang meningkatkan kadar kolesterol dalam badan iaitu:
Sering mengambil makanan yang mengandungi kadar lemak tinggi. Hal ini merupakan punca utama kolesterol dalam badan menjadi sangat tinggi. Kadar pengambilan lemak seperti yang diketahui ramai harus dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
Pengambilan minuman beralkohol. Alkohol yang berlebihan dalam badan tidak dapat dicernakan dengan sempurna oleh hati dan akan ditukarkan menjadi lemak dalam badan sekali gus menyumbang kepada peningkatan tahap kolesterol dalam badan.
Gaya hidup yang kurang sihat. Gaya hidup tidak sihat yang dimaksudkan di sini ialah kurang bersenam dan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat. Orang ramai dinasihati untuk bersenam sekurang-kurangnya 20-30 minit dalam sehari 3 kali seminggu. Amalan ini dapat membantu mencegah penyakit dengan cara menurunkan kadar kolesterol dalam badan.
Obesiti. Apabila berat badan semakin meningkat, kadar kolesterol juga turut meningkat. Kolesterol yang berlebihan akan mendap pada arteri serta organ dalaman sekali gus menyebabkan pelbagai gejala penyakit seperti masalah hati, sakit jantung dan lain-lain.
Mengamalkan kehidupan yang sedenteri. Keadaan ini sering dilihat pada pekerja pejabat yang tidak banyak melakukan pergerakan dan hanya melakukan kerja dalam keadaan duduk di kerusi sahaja sepanjang hari. Golongan ini juga tidak mempunyai masa untuk bersenam kerana waktu bekerja sehingga lewat. Ini secara tidak langsung menaikkan tahap kolesterol dalam badan.
Apakah Tanda Kolesterol Tinggi▲
Tanda kolesterol tinggi memang sukar untuk dikenal pasti melalui simptom. Antara tanda yang boleh menunjukkan kolesterol dalam badan tinggi ialah:
Terdapat ketulan pada kelopak mata yang tidak sakit
Ketulan pada bahagian jari atau lengan
Tekanan darah tinggi
Mudah lesu
Sakit kaki terutamanya bahagian betis
Sakit kepala
Kencing berbuih
Lapisan minyak apabila buang air besar
Namun demikian, kadar kolesterol dapat dikenal pasti dengan lebih tepat melalui pemeriksaan darah. Terdapat beberapa elemen penting yang akan dikaji oleh para doktor untuk mencapai keputusan kadar kolesterol tinggi.
Apakah Jenis Makanan Yang Mengandungi Kadar Kolesterol Yang Tinggi▲
TTerdapat beberapa makanan yang harus dielakkan oleh golongan yang ingin mengawal kadar kolesterol mereka ini. Makanan tersebut ialah seperti:
Daging merah
Bahan tenusu
Makanan goreng
Marjerin
Golongan yang ingin menjaga pemakanan harus berjaga-jaga jika ingin mengambil sebarang makanan yang tersenarai di atas.
Apakah Jenis Makanan Yang Mengandungi Kolesterol Yang Rendah Dan Sesuai Dimakan▲
Makanan berserat tinggi yang mengandungi kadar kolesterol yang rendah sangat sesuai bagi golongan yang ingin berdiet dan mengamalkan gaya hidup sihat. Antara makanannya ialah
Oats atau bijirin gandum
Kekacang
Minyak sayuran
Buah-buahan
Makanan jenis soya
Bali
Salmon
Tuna
Sardin
Bendi
Terung
Makanan yang mengandungi serat yang tinggi
Cara Menurunkan Kolesterol▲
Kolesterol yang tinggi dalam badan memang tidak dinafikan merupakan sebuah masalah yang serius dalam masyarakat negara kita kerana Malaysia merupakan kayangan makanan. Hal ini kerana ia mengundang pelbagai masalah kesihatan yang tidak diduga. Antara cara menurunkan kadar kolesterol yang tinggi ialah dengan:
Mengurangkan pemakanan yang tidak sihat
Berhenti mengambil minuman beralkohol
Melakukan aktiviti senaman dengan lebih kerap
Disiplin dalam mengambil ubat yang diberi oleh doktor
Akhir sekali, jika encik mengikuti nasihat yang diberi dengan cara mengamalkan gaya hidup sihat maka encik dapat menghindari masalah kesihatan yang serius. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Minum susu omega. Kawtim. |
|
|
|
|
|
|
|
Iolls makan parboil rice. Boleh kawal kolesterol jugak ke eh |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 20-3-2021 08:57 AM
Minum susu omega. Kawtim.
Agree... Sedap susu ni |
|
|
|
|
|
|
|
iols amalkan minum lemon suam/panas pun bagus utk turunkan kolestrol. |
|
|
|
|
|
|
|
Nice info, saya pun dalam proses nak turunkan kadar kolesterol. Berguna info macam ni. Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Acv, fish oil, prnh minum oat tp xleh pi bcs bloated.
Plg pnting kurangkan minyak n garam |
|
|
|
|
|
|
|
Iols ngah try kurangkan manis dalam minuman dan makanan
Lebihkan manis dalam senyuman..hehe..
Iols kalau.malas nak.joging kat luar..iols buat tabata atau fullbody workout je..
Boleh la..janji keluar peluh...misi kuruskan badan..ngah lawan dgn laki.iols sapa yang lebih slim
Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Oats.mmg iols.tak.boleh telan
Tapi cuba sikit2.la
Oats setengaj cawan masak dgn susu segar 2 cawan...
Campor dgn madu... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kurangkan berminyak tu yg susah.. dah penat makan telur rebus |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus thread ni. Kaben tukar makan beras biasa kepada beras Basmathi. Minyak tukar pada minyak zaitun. Minum susu omega. Makan oat dengan buah2. Tapi sesekali keluar juga saka makan. Macam arini la. Makan nasi berlauk gulai ikan masin, pulut panggang 4 biji, kuihbakar 3 biji. Esok harap kakben bertaubat |
|
|
|
|
|
|
|
legit ke air lemon ni? ada data bacaan kolestrol u sebelum and selepas? i heard few doctors said lemon has nothing to do utk turunkan kolestrol
|
|
|
|
|
|
|
|
Kolesterol ni bdn kite pun boleh synthesize sendiri....so kurangkan ambil precursor nye juga selain kurangkan ambil kolesterol from outside |
|
|
|
|
|
|
|
Iols nak tanya nie sebenarnya kuning telur to ok ke x ea..? if makan banyak kuning telur akan buat kolestrol naik x..? ada yang kata telur kuning to ok sebab to kolestrol baik |
|
|
|
|
|
|
|
Aku try... Mkn minyak zaitun..lama gak dlm 1 thn++ check blk kolesterol x turun byk pun.. pastu doc suruh try oat.. so amik rolled oats 2 sudu je tiap2 pagi, rebus, masukkan milo serbuk 1 sudu, minum.. dlm bbrp bulan gak la.. sbb aku buat check up dlm 6 bulan sekali.. then next check up turun ke tahap lbh elok.. so far weekdays je bfast mcm tu.. murah pun murah.. dan berkesan.. lelain tu jaga makan mcm biasa je la.. |
|
|
|
|
|
|
|
CikYaYaYa replied at 20-3-2021 01:58 PM
Iols nak tanya nie sebenarnya kuning telur to ok ke x ea..? if makan banyak kuning telur akan buat k ...
Tak ok..kuning telur yg tinggi cholesterol |
|
|
|
|
|
|
|
Cara yg berkesan -
Jgn makan makanan bergoreng, berlemak & manis langsung
Jgn minum manis
Makan jgn ambil kuah (sup kosong ok)
Breakfast oat + buah
Try buat..dlm few months boleh nampak result
|
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu kaka xpercaya info kt google sgt melainkan ada proven, ada siap testimoni fake konon recommend by doctor kkm bagai jual produk turunkan darah tinggi.
common sense kalau produk tu too good too be powerfull should be masuk merdical journal or ada komen yang betul2 ikhlas bukan fake whatsapp testimoni
|
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 20-3-2021 08:57 AM
Minum susu omega. Kawtim.
ade gambar tak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|