CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10993|Reply: 64

[Dunia] Indon Solat Terawih 23 Rakaat Sepantas Kilat Dalam Masa 6 Minit!

[Copy link]
Post time 19-4-2021 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Beberapa hari lepas tular satu video solat terawih 23 rakaat yang dilakukan dalam masa hanya 6 minit.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah pesantren di Kabupaten Indramayu, Jawa Barat, lapor Sindo News.

Rentetan daripada itu, Majlis Ulama Indonesia (MUI) akan menyiasat tentang perkara ini.

Menerusi satu kenyataan, MUI berkata akan meminta ustaz atau pemimpin agama memberi nasihat kepada mereka yang bertanggungjawab memimpin solat terbabit.

Kami baru tahu, kami akan periksa nanti. Kerana struktur MUI mencapai tingkat peringkat daerah. Nanti kami akan berkoordinasi dengan MUI Kabupaten Indramayu,” kata Setiausaha Umum MUI Jawa Barat, Rafani Akhyar
MUI bercadang untuk memberi nasihat dan pengajaran kepada ahli Kabupaten Indramayu, mereka juga akan berkongsi ilmu mengenai solat terawih yang dilakukan dengan pantas adalah tidak betul.

Selain itu, MUI juga akan mengajar mereka bahawa solat terawih adalah 20 rakaat dan tiga rakaat lagi adalah solat witir.

Mui menambah bahawa mereka berharap agar isu ini menjadi tanggungjawab bersama. Ia turut berharap agar para ustaz atau ulama di kawasan terbabit dapat turut serta menasihatkan agar solat terawih diadakan dengan baik.

“Kami juga selalu mengingatkan orang ramai bahawa ketika kita melakukan solat tarawih atau puasa, itu [mesti] dilakukan dengan ikhlas. Sehingga ada pengajaran dan pelajaran yang dapat kita ambil,” jelasnya.

“Salah satu syarat untuk solat adalah khusyu dan tumaninah. Sekarang anda dapat bayangkan 23 rakaat dalam lima atau enam minit, dari mana ia boleh dilakukan secara khusyuk atau tumaninah. Tumaninah bermaksud semua rukun solat dapat dilaksanakan,” kata Rafani Akhyar

Terdahulu, jemaah di masjid yang sama pernah viral dengan video melaksanakan solat terawih 23 rakaat dalam masa 7 minit pada tahun lepas.

Liputan6 melaporkan, solat terawih pantas itu sudah 10 tahun diadakan di Masjid Pesantren Alqur’aniyah di Desa Dukuhjati.

“Iya, kami memang setiap tahun di bulan Ramadan melaksanakan solat tarawih pantas,” kata seorang pemimpin masyarakat Desa Dukuhjati, Azun Mauzun.

Katanya, solat itu dikhaskan untuk pemuda di kampung berkenaan dan mereka biasanya melakukan 20 rakaat solat tarawih dan tiga rakaat solat witir.

Azun yang menjadi imam ketika solat sunat berkenaan memberitahu, solat tarawih pantas biasanya mengambil masa kira-kira tujuh minit.

“Kadang-kadang enam minit tetapi tidak kurang dari 10 minit,” jelasnya.

Katanya, sebelum ini golongan muda di kampung itu lebih gemar berkumpul di warung ketika waktu solat tarawih kerana malu untuk bersolat dengan penduduk lebih tua.

“Kami sering mengajak mereka ke masjid tetapi tidak mahu, jadi kami tawarkan solat tarawih pantas di satu ruangan khas di masjid

Alhamdulillah ia perlahan-lahan menarik minat golongan muda dan mereka juga bertadarus selepas bersolat,” katanya.

https://www.google.com/amp/s/wartakota.tribunnews.com/amp/2021/04/14/viral-jemaah-di-pondok-pesantren-al-quraniyah-indramayu-salat-taraweh-23-rakaat-hanya-6-menit

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2021 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita yang sama setiap ramadhon.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sah ke tidak tolak tepi hhmmm yendonnn
Manalah solat tu nak beri kesan pada hati n sikap kita dgn cara mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 04:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi ramai anak muda mulai rajin bertarawih. Orang muda memangnya suka cepat cepat ya. Dulu pun I pernah tengok video ni, tapi zaman tu tak ada penjarakan sosial lagi. Ni dah ada penjarakan. Maksudnya every year memang beginilah mereka solat. Pantess.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Berita biasa dr indon
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Berita biasa dr indon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2021 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak kejar ape la laju mcm tu. huru hara yg kat belakang tu nk di ikut lg tiap2 tahun..tok imam pon dh mcm nk tersungkur..baik makmumnye solat balik kat rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Setiap tahun pun sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2021 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita recycle. Simpan elok2 thread ni. Tahun depan up kan balik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerja sia sia buat penat badan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 07:44 AM | Show all posts
berita wajib keluar tiap  ramadan
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 07:49 AM | Show all posts
baik xyah tarawih kalau mcm tu,buat penat je
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 07:58 AM | Show all posts
Harap tahun dpn blh perbaiki rekod ..23 rakaat bawah 5 minit..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 08:14 AM | Show all posts
cerita sama..bideo nya aja yang lain.
amalan kebiasaan turun temurun katanya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 08:15 AM | Show all posts
nak cipta guiness world record

hujung2 nak kiamat esok ade yg bleh smpai seminit
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 08:21 AM | Show all posts
lepak mentedarah moreh boleh plak sampai 60minit.
nk terawih laju2 6 minit je. hawau indon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2021 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya rabbi if nak elak covid sgt buat je lah kat rumah dgn sempurna?? Jemaah anak beranak kat rumah.

Tak boleh nak hadam how 23 rakaat boleh complete dlm 6 minit? Yg wajib baca dgn tajwid dan tartil is alfatihah, 2 x 10 kali. Lps tu tahiyyat akhir wajib baca rukun solat 10 kali. Campur  witir lagi. Eh... boleh ke siap?
I cannot.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sempat ke baca fatihah tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rengsa gak kalau tarawih lama2 sangat, baca suroh panjang2, tp kalao 6 menet complete mcm melampau sangat cepatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 08:46 AM | Show all posts
tahniahlah
tahun sebelumnya 7 minit - 23 rakaat
tahun ni berkurang 6 minit - 23 rakaat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.048166 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list