View: 11630|Reply: 66
|
"Saya Yang Suruh Ellie Cium Kaki" - Rashid Sibir
[Copy link]
|
|
"ada saya warganet yang komen negatif sebenarnya adalah mereka yang bodoh," kata pengarah Rashid Sibir mengulas isu babak telefilem arahannya yang kini tular.
Telefilem berjudul Ayat Dari Langit yang disiarkan menerusi Astro Citra semalam menjadi bualan hangat warganet apabila babak lakonan Ellie Suriaty menjirus air, lalu mencium kaki suaminya.
Kredit foto: IG Rashid
"Dia bukan Ellie, apabila membawa watak berkenaan. Dia antara pelakon, yang pada saya sanggup melakukan apa saja demi karakter. Dia bagus dan apa yang ditunjukkan itu memang patut.
"Ia untuk tunjukkan kesayangan, kecintaan dan kesetiannya kepada suami Ustaz Muiz. Kalau suaminya kata mati masuk syurga, dia buatlah kerana dia pun nak masuk syurga.
"Jadi jangan pertikaikan Ellie. Warganet harus bersikap minda terbuka apabila menonton cerita begini," katanya kepada Harian Metro.
Pengarah berpengalaman ini melahirkan perasaan kecewa dengan sikap warganet yang hanya tahu mengutuk berbanding memberi pujian.
"Kalau kita buat cerita cinta orang asyik kutuk. Apabila kita buat cerita agama dan ajaran sesat, dikutuk juga. Kau nak apa sebenarnya warganet?
"enggiat seni cuba nak bagi segala benda merangkumi cerita sedih, komedi, cinta dan sebagainya.
"Tapi kalau semua cerita yang dibuat kau gelakkan, apa yang mereka nak sebenarnya? Namun, kecaman itu tandanya warganet menonton drama ini," katanya.
Rashid mengesahkan dia sememangnya menyuruh Ellie membuat babak sebegitu.
"Tapi saya nak terangkan dulu, kenapa dia kena berbuat demikian. Zaharah adalah seorang isteri yang betul-betul taat dengan suaminya dan percaya dengan ajaran suaminya.
"Malah dia sanggup mati untuk suaminya. Perbuatan itu dilakukan sebagai cara untuk menunjukkan kasih sayang dan menghormati suami. Itu sahaja dan tiada benda-benda lain yang dikaitkan.
"Masa saya suruh buat, dia (Ellie) ingat saya main-main. Lepas itu dia buat betul-betul dalam bentuk yang paling menarik dengan cara pegang kaki suaminya itu," katanya.
Menurut Rashid, drama berkenaan juga berkisarkan mengenai ajaran sesat dan ada rasionalnya babak berkenaan dibuat.
"Ustaz Muiz mengajar ajaran sesat dan Zaharah antara, pengikutnya. Isterinya hanya seorang, tapi Ustaz Muiz bebas meniduri perempuan lain di situ.
"Zina adalah halal baginya. Itu yang saya nak tunjukkan, serta taatnya seorang isteri kepada suami. Bagi saya, lakonan Ellie sangat memberi impak maksima dan tak ramai pelakon sepertinya," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Babak zina tunjuk jugak ke?? Penting tu untuk penonton menghayati perjalanan ceita. |
|
|
|
|
|
|
|
netizen bodoh ke atau Ellie yg bodoh? org x kutuk psl drama tu kan..bukannya orang suruh buat drama ala2 megah holdings belaka..yg part cium kaki jantan lain yg orang bising tu..mmg la drama, tapi tetap la bibir Ellie cium kaki org lain..yucks..tak perlu buat benda2 gitu utk menjiwai watak pun, sampai jua la mesej nya..mcm kita tgk video Ibu Yati aritu, dia bercakap pun kita dah tau sesat..lantak la kalu ada org x setuju @ kecam pendapat iols..bagi iols, kalu sanggup buat benda2 kotor demi menjiwai watak, itu mmg bodoh namanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pantang ditegur nau. Kalu orang tegur hal yangbetul, amikla dari sudut positif. Jangan pikir kita je tau semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 19-4-2021 05:52 AM
Babak zina tunjuk jugak ke?? Penting tu untuk penonton menghayati perjalanan ceita.
Patutnya buh gak buat ala2 3some ke 4 some ke apa.
Tunjuk setad tu dilayani ramai pompuan,paling menarik serban tetap tak tanggal barula nampak real penunggang ugama kan.
Dah alang2 nak nampak real sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
betul juga tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Netizen nak tau...kaki Sapa yg dia cium. Netizen Tak pertikaikan jalan cerita. Semua faham...
Jawab aje lah soalan netizen....
Itu je |
|
|
|
|
|
|
|
Tp xgeli eh dia cium kaki tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaki Bossku ke yg dicium tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
whatever..significant sgt ke babak tu utk watak elly yg setia...? dah x de idea lain? |
|
|
|
|
|
|
|
Cium kaki kutuk, kalau cium dahi lepas adegan akad nikah senyap ajokkk. Dasar ummah meleis |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm best cite ni tp iols takde asteruk so xdptla layan..sesiapa ada link cite ni meh la tepek sini..iols cari kt youtube takdak lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak perlu kot babak over gituu |
|
|
|
|
|
|
|
patut suruh Sohai n bininya amik watak tu...
kalo kena cium kaki pun tadehal, dah memang laki nya...
buat watak lakinya lgbt skali tp berselindung di sebalik agama...
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi macam besh je tgk klip tu |
|
|
|
|
|
|
|
entah apo2 lah mamat ni dio tak paham ke atau buat2 tak paham
ko menjiwai watak seserius mana pun
totaplah haram bersentuhan lelaki dan wanita
menjubolah strategi nak tarikh perhatian lor ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry lah cite rashid sibir ni bosan..Dh x de idea |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 19-4-2021 05:52 AM
Babak zina tunjuk jugak ke?? Penting tu untuk penonton menghayati perjalanan ceita.
Skit lg adalaa tuu.. tunggu 5 ke 10 tahun lg.. adegan cium roman roman normalla nanti.. koh kkoh koh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 19-4-2021 05:52 AM
Babak zina tunjuk jugak ke?? Penting tu untuk penonton menghayati perjalanan ceita.
Cium ponggong berkerak tak nakke |
|
|
|
|
|
|
|
Geli tengok ellie suriati |
|
|
|
|
|
|
| |
|