Melalui Laman Rasmi Facebook Selangor Royal Official, ayahanda kepada Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, Allahyarham Haji Abdul Rahman Bin Baba telah meninggal dunia pada jam 3.40 pagi, 20 April 2021 (Selasa) kerana sakit tua di kediamannya di Shah Alam.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.
Beberapa foto yang dikongsikan laman rasmi tersebut mengundang sebak warga maya. Gambar Tengku Permaisuri Norashikin yang kelihatan begitu sedih sehingga mengalirkan air mata tular di media sosial selepas baginda kehilangan ayahanda tercinta, Tuan Haji Abdul Rahman Baba,89 semalam.
Foto yang dirakamkan petugas media dan istana di majlis pengebumian ayahanda Tengku Norashikin meruntun hati warga maya. Dalam pada itu, mereka turut menitipkan ucapan takziah buat Tengku Norashikin dan keluarga diraja atas pemergian Allahyarham.
Meruntun Hati - Tengku Norashikin Menangis Buat Rakyat Sebak
Sebagai info dipetik dari Murai, allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga anak. Tengku Norashikin merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.
Kredit foto - Facebook Selangor Royal Official via murai.my
Allahyarham yang berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur pernah berkhidmat bersama Askar Melayu berpengkalan di Kem Terendak, Melaka.
Salam takziah kepada Tengku Permaisuri Norashikin dan keluarganya. Semoga tabah dengan kehilangan ini. - CARI |