CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 18860|Reply: 77

[UPDATE] Pernikahan Sheera Iskandar Dipuji berbanding JAH LOP

[Copy link]
Post time 3-5-2021 09:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 5-5-2021 07:04 PM

“Ni Baru Betul, Good Job!” Majlis Pernikahan Sheera Iskandar Dipuji Ramai Kerana Patuh SOP

Tahniah diucapkan buat pelakon yang pernah popular dengan filem Sembilu Kasih dan Gerak Khas yang selamat melangsungkan pernikahannya pada 3 Mei 2021 bersama seorang anggota polis iaitu Mohd Halim Abdul Gani dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Magica Event Hall, Quill City Mall itu hanya dihadiri 70 orang tetamu iaitu ahli keluarga dan teman rapat beliau.




Namun apa yang menarik perhatian, majlis itu diadakan secara sederhana dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sehingga mendapat pujian ramai.

Lihat video suasana majlis pernikahan yang di muat naik oleh pelakon, Abby abadi yang juga turut hadir sebagai tetamu jemputan :

  


Video yang di muat naik oleh Abby itu dapat melihat semua tetamu menjaga penjarakan fizikal, mematuhi pemakaian pelitup muka, malah siap ada paparan video call bersama saudara mara yang tidak dapat hadir kerana tidak dapat merentas negeri.

Ini respon netizen mengenai majlis pernikahan Sheera yang dilihat patuh SOP :







Kebelakangan ini ramai rakan selebriti dan influencer yang melanggar SOP sehingga mencetuskan kemarahan netizen, majlis pernikahan Sheera ini memang wajar dipuji kerana pematuhan SOP yang ketat dan terkawal.


Sumber : Instagram Abby Abadi
Read More : https://www.hotfm.com.my







Sheera Iskandar selamat bernikah lagi




Kuala Lumpur: Pelakon Sheera Iskandar menamatkan status janda apabila sah bergelar isteri kepada Mohd Halim Abdul Gani, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Magica Events Hall, Quill City, jam 6.09 petang, hari ini.  

Pasangan itu dinikahkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Firudz Saderi.

Pada majlis itu, Halim menyerahkan mas kahwin RM1,000 beserta dulang hantaran satu berbalas satu.

Sheera, 36, atau nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar berkata, majlis diadakan secara tertutup dengan dihadiri 70 tetamu termasuk ahli keluarga bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas ini mula bertemu suaminya ketika penggambaran drama terbabit.

Sheera mengakui tidak menyangka suaminya memulakan salam perkenalan sedangkan dia merahsiakan statusnya sebagai janda ketika itu.

"Apa yang paling buat saya terharu ialah keluarganya tidak melihat saya sebagai janda dan bertanya kisah silam saya," katanya.

Sheera yang juga anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid pernah berkahwin dengan Abdullah Harun, 36, pada Ogos 2015, dan bercerai pada hujung 2018.

Penerbit drama Gerak Khas, Datuk Yusof Haslam dan isteri Datin Fatimah Ismail serta pelakon drama ini, Abby Abadi dan Salina Saibi turut hadir meraikan pasangan terbabit.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2021 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah

Nikah petang nie camna nak makan lepas nikah pasal, ramadan kan???kena tunggu habis azan baru bole makan..lama jugak nak kena tunggu makan kalau gitu
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 09:27 PM | Show all posts
Wah, tahniah. Jarang orang bagi hantaran satu berbalas satu ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah buat shera dan pasangan. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
3chanceno replied at 3-5-2021 09:24 PM
Tahniah

Nikah petang nie camna nak makan lepas nikah pasal, ramadan kan???kena tunggu habi ...

Takde la lama sgt. Nikah pkl 6. Selfie bergambo apa bagai dah pkl 7. Mungkin sambil2 baca doa. Dah berbuka.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 09:37 PM | Show all posts
gerbera.memopad replied at 3-5-2021 09:27 PM
Wah, tahniah. Jarang orang bagi hantaran satu berbalas satu ni

yg lagi jarang ialah nikah bln puasa.hantaran tu aku tk heran sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2021 09:41 PM | Show all posts
tahniah....
jarang org nikah masa bulan puasa...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
gerbera.memopad replied at 3-5-2021 09:27 PM
Wah, tahniah. Jarang orang bagi hantaran satu berbalas satu ni

Apa maksud hantaran berbalas satu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2021 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah shira
satu je lakonan dia yg aku rs menjadi dan aku rs nk tgk byk kali, ms shira jd tomboy pengkid dlm film aku bukan tomboy
menjadi betul dia jd pengkid bacin..sama dgn salina saibi tu dedua pengkid angau dgn scha al yahya
lawak gila bila teringat blk scenes salina pengkid gaduh dgn shira pengkid ..and ms diorg tekel scha..geli dowhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 3-5-2021 10:48 PM
tahniah shira
satu je lakonan dia yg aku rs menjadi dan aku rs nk tgk byk kali, ms shira jd tomboy  ...

Yang paling aku ingat dia jadik Halimah Jongang jer, siap ada lagu lagik.....macam nak tersembur2 keluar gigi palsu tu bila dia bercakap, viral bukan sebab lakonan tp sebab macam bodyshaming la jugak......
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia janda? Bila masa kawin n cerai?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat pengantin baru Sheera dan husband.

Polis jugak suaminya, sama mcm suami Serina. Dorang pun sama2 berlakon GK. Semoga takde kontroversi mcm Serina hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya tetamu buka puasa dgn nasi minyak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Dewan tu dewan sama yang pasangan kek kahwin iconic di buat dari Kuih Pau, Bawang Putih, Dumpling, Lobak putih, Putu Mayam, Hershey's Kissess milk dan Putu perak tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah. Taktau pula dia pernah cerai. Tapi takda anak kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 03:10 AM | Show all posts
helicornia replied at 3-5-2021 09:37 PM
yg lagi jarang ialah nikah bln puasa.hantaran tu aku tk heran sgt

mungkin sebab musim pkp, so agak tak janggal kalau buat majlis kawen time puasa...sesambil menjamu orang bukak puasa. Kalau tak pkp, takdanya orang nak buat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2021 04:23 AM | Show all posts
putu replied at 3-5-2021 09:47 PM
Apa maksud hantaran berbalas satu?

maksud dia, satu je dulang hantaran dari pihak lelaki & dibalas satu jua dari pihak perempuan
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:25 AM | Show all posts
gerbera.memopad replied at 4-5-2021 04:23 AM
maksud dia, satu je dulang hantaran dari pihak lelaki & dibalas satu jua dari pihak perempuan :lov ...

ada je orang nikah bulan puasa sebelum pkp lagi. antara retis yang nikah bulan puasa Lisdawati. ada lagi rasanya tapi aku tak ingat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:55 AM From the mobile phone | Show all posts
gerbera.memopad replied at 4-5-2021 04:23 AM
maksud dia, satu je dulang hantaran dari pihak lelaki & dibalas satu jua dari pihak perempuan :lov ...

Oo faham. Tq kakak
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah sheera n shuben, semoga kekal sampai jannah... .... Maka bertambah lah ahli perkep.... Btw dulu dia kawen dgn siapa, i is tertinggal ketapi lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.297238 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list