CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4741|Reply: 33

Pendatang Israel Bertikam Lidah Nak Rampas Rumah Wanita Palestin

[Copy link]
Post time 11-5-2021 08:07 AM | Show all posts |Read mode
Tular rakaman video menunjukkan seorang pendatang Israel bertikam lidah dengan wanita muda Palestin selepas lelaki itu cuba merampas rumah keluarga berkenaan di kawasan Sheikh Jarrah, Baitulmaqdis Timur.


Al-Jazeera melaporkan, video berkenaan dirakamkan aktivis Palestin Tamer Maqalda.





Kredit foto: IG Mona





Ia menunjukkan Mona al-Kurd, 22, didatangi seorang lelaki Israel di rumah keluarganya dan Mona al-Kurd dilihat mempersoalkan tindakan lelaki itu yang dikatakan cuba merampas rumahnya.


"Jacob, anda tahu bahawa ini bukan rumah anda. Namun, kamu mengambilnya daripada saya. Tiada siapa yang boleh mengambil rumah ini daripada saya," katanya.


Lelaki itu tidak berdiam diri, sebaliknya membalas tuduhan wanita berkenaan.


"Ya, tetapi jika saya pergi, anda tidak akan kembali, jadi apa masalahnya? Mengapa kamu menengking saya?


"Sekiranya saya tidak mencuri rumah anda, orang lain akan melakukannya.


"Ini (rumah) bukan milik saya untuk mengembalikan kepadamu," katanya kepada Mona.







Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kejiranan Sheikh Jarrah menyaksikan beberapa siri demonstrasi oleh rakyat Palestin.


Mereka dikatakan memprotes perintah Israel supaya mengosongkan kediaman dan tindakan itu susulan pembersihan etnik yang bermula dengan Nakba (penjajahan Israel ke atas Palestin) pada 1948.


Pada malam Isnin minggu lalu, puluhan pasukan Israel menyerbu kawasan kejiranan dan menyerang keluarga Palestin dengan memukul dan menembak gas pemedih mata dan bom ke arah mereka.


Menurut media tempatan Palestin, 20 cedera dan sekurang-kurangnya empat lelaki Palestin serta seorang gadis ditangkap dengan dua dibebaskan pada hari Selasa iaitu keesokan harinya.


Separuh dari rumah keluarga al-Kurd diambil alih orang Israel pada 2009.


Kembar lelaki kepada Mona, Mohammed sebelumnya memberitahu Al Jazeera bahawa pengalaman berkongsi rumah dengan orang Israel amat mengerikan.


"Mereka duduk di rumah kami, menyeksa, mengganggu dan melakukan semua yang mereka mahukan.


"Mereka bukan saja memaksa meninggalkan rumah, tetapi juga mengganggu jiran kami untuk keluar sebagai sebahagian daripada usaha untuk memusnahkan sepenuhnya kehadiran Palestin dari Baitulmaqdis, " kata Mohammed, yang berusia 11 tahun ketika pendatang Israel mula menduduki kawasan itu.


Mac lalu, mahkamah daerah Israel di Baitulmadis Timur mengesahkan perintah untuk enam keluarga Palestin termasuk keluarga al-Kurd di Sheikh Jarrah supaya mengosongkan kediaman mereka untuk memberi laluan kepada pendatang Israel.


Mahkamah sama turut memerintahkan tujuh keluarga lain meninggalkan kediaman mereka pada 1 Ogos.


Beberapa keluarga terbabit sudah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu, namun prosiding kes itu ditangguhkan susulan pertempuran penduduk Palestin dan pasukan keselamatan Israel pada Jumaat dan Sabtu lalu.


Menurut Al-Jazeera, 28 keluarga Palestin tiba di kawasan Karm al-Jaouni di Sheikh Jarrah sebagai pelarian pada tahun 1956.


Di bawah perjanjian dengan Kerajaan Jordan dan Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) rumah itu dibina sebagai pertukaran untuk membatalkan status pelarian mereka.


Selain itu, penduduk Palestin itu diberi jaminan akan memiliki kediaman selepas tiga tahun.Namun, janji itu tidak pernah dikotakan dan pada 1967, Jordan kehilangan mandatnya atas Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur selepas wilayah berkenaan dijajah Israel.




Sumber: Harian Metro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2021 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Lahanatnya perangai orthodox dan secular yahudi ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebijik perangai Rohingya
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 09:16 AM | Show all posts
yahudi kan parasit...
memang patut kena laknat sampai kiamat...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah lah miskin ada hati nak ambil hak org. Kalau tanah tu tanah kau, buat jelah rumah sebelah seta*yahu punya rumah. Nak jugak provok2 org, bila org pertahan kan diri & harta benda kau ckp org yg mula dulu. Tak lama je bangsa laknat kau akan lenyap dari muka bumi ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Selagi arab x bersatu.. Selagi tu tak payah perasan nak dptkan balik Palestin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2021 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Yahudi sememangnya bangsa terlaknat
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 10:13 AM | Show all posts
sarah82 replied at 11-5-2021 09:34 AM
Selagi arab x bersatu.. Selagi tu tak payah perasan nak dptkan balik Palestin.

ada yang cakap arab memang tanak bersatu sebab dalam alquran cakap, kalau yahudi kalah, tu tanda kiamat...  kiranya cam arab ni tanak la dunia kiamat...  aku dengar je la deme berspekulasi cenggitu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2021 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tertanya2 setelah sekian lama nak hapuskan islam n palestin xde plak diorg berjaya.. ada je lagi org islam walau dibedil..nampak sgt kuasa Allah.. kalo skali Allah nak bedil geng israel pn boleh abis lumat
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 11-5-2021 10:13 AM
ada yang cakap arab memang tanak bersatu sebab dalam alquran cakap, kalau yahudi kalah, tu tanda k ...

Muahahaha.. Arab dan kebebalan tak dpt dipisahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Selama mana nak elak kiamat? Arab2 yg dok bergaduh ni pun salah satu tanda kiamat jugak.

Cepatlah proses akhir zaman ni... Aku benci baca berita macam ni hari2. Depressing sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 10:31 AM | Show all posts
lehnatnya perangai walaupun tanah2 yang di curi dari palestinian tu bakal dapat pampasan yang lumayan jugak la sebab betul2 di east jerusalem tu...

cumanya satu lagi german dan british la patut bertanggungjawab... israel tu takkan wujud tanpa dua eko penyebab dan kaki menjajah ni... tapi ramai buat tak tahu... yer la sebab german herlok2 kot gitu.. .so di maafin...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Daily Nas xde komen apa2 pasal kes yg mcm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kt dunia yahudi zionist laknatullah bermaharajalela, tindas & rampas hak org. Janji Allah itu pasti, akhirat kelak depa akan dpt balasan neraka jahanam.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Issue israel palestine...akan nampak true color torchbearer keamanan asistant tuhan.... aties were right
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm melayu islam kedah (myanmar)jumpa rumah kat langkawi,  datang trang tang tang tuntut rumah dgn kjaan malaysia xtau malu, skurang2 nye c rohingya takut2 sembunyi, kalu set melayu kedah myanmar samseng sket mentang2 leh ckp melayu elok, serupe yahudi amik tanah palestin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2021 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Celaka sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya...bayangkan umah kita kat kmpg tu...tetiba datang org luar sesuka hati ckp tu rumah dorg then duduk buat mcm rumah sendiri...ganggu kita... Mana la nk bawak diri... Mcm merempat dalam rumah yg ko dan ahli kuarga lain duduk sejak kecil
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 02:49 PM | Show all posts
Moga perkara macam ni tak berlaku ditanahair
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bongkak sungguh!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.409380 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list