"Saya tahu perkara ini memberi impak buruk kepada kerjaya seni kerana ia amat penting untuk saya, tapi adakah itu akan membuatkan saya berhenti untuk memuat naik sebarang hantaran mengenai Palestin?
"Jawapannya tidak. Rezeki Allah yang bagi dan saya sentiasa mempercayai Allah," tulisnya di Instagram Story.
Sementara itu, menerusi satu hantaran terbaharu, Sweet turut berkongsi tips dan mengingatkan kepada seluruh pengguna media sosial di Malaysia supaya berhati-hati.
Menurut Sweet, Israel kini sudah mula menyerang pengguna media sosial tempatan yang menyokong Palestin dan bakal menggodam akaun peribadi kalian.
"Seperti yang kita semua tahu, Israel sudah mula menyerang orang yang sokong Palestin melalui media sosial. Mudah kata mereka akan godam akaun anda.
"Jadi untuk keselamatan saya berkongsi kepada anda untuk buat Two-Factor Authentication (satu bentuk akses log masuk yang memerlukan dua jenis akses) yang mudah.
"Insya-Allah, mereka tidak akan mengganggu akaun peribadi kalian. Sekadar pandangan mungkin anda boleh mencipta satu akaun palsu untuk memberi sokongan (kepada Palestin) terutama mereka yang sayang dengan akaun, kepada selebriti dan pempengaruh," tulisnya.
Sumber :
https://www.hmetro.com.my