View: 5471|Reply: 31
|
Dah Lebih 10 Tahun Mafarikha Cuba Nak Jadi Glamour
[Copy link]
|
|
Selepas lebih 10 tahun cuba mencipta nama, penyanyi Mafarikha berkata, dia tidak pernah berputus asa untuk terus menempatkan dirinya sebaris penyanyi seangkatan yang lain.
Menurut Mafarikha atau nama sebenarnya, Mafarikha Mohd Akhir, 29, dia percaya dengan rezeki yang diberikan Allah SWT dan bersyukur kini bernaung di bawah syarikat rakaman milik penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M. Nasir iaitu Luncai Emas.
Foto: IG
"Kadang-kadang tak tahu nak cakap macam mana sebab dah lebih 10 tahun dalam industri... memang tak famous dan orang tak berapa kenal pun saya.
"Yang mana kenal saya, mereka tahulah perkembangan terbaharu yang banyak saya kongsikan di Instagram.
"Sekarang Alhamdulillah saya dah hampir dua tahun bernaung di bawah syarikat rakaman Datuk M. Nasir, memang banyak perancangan telah kami bincangkan bersama tetapi disebabkan lockdown sekarang menyebabkan ia terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi mStar.
Mafarikha kini tampil dengan single terbaharu berjudul Kabut Serangkai Mawar 2021 yang merupakan lagu nyanyian asal oleh penyanyi terkenal era 80-an, Zaiton Sameon.
"ihak pengurusan bagi dua pilihan untuk saya buat lagu cover, satu lagu ini dan satu lagi lagu rancak. Tapi saya rasa lagu Kabut Serangkai Mawar ini lebih sesuai dengan tone suara saya.
"Saya nak sangat peminat muzik generasi kini kenal kak Zaiton yang sememangnya penyanyi lagenda dan dia pun dah lama tak keluar.
"Saya sendiri pun dah request pada syarikat pengurusan kalau boleh nak kak Zaiton muncul buat cameo dalam muzik video ini nanti kalau semua dah boleh kembali bekerja seperti biasa selepas ini," katanya.
Bakat seni Mafarikha mula dicungkil selepas dia menyertai pertandingan program realiti terbitan TV3, Vokal Bukan Sekadar Rupa yang diterbitkan pada tahun 2011. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh, chop.
Bile die start free hair |
|
|
|
|
|
|
|
sape ni ye.. sorry xkenal |
|
|
|
|
|
|
|
Whoareyuss nya. Dulu berhijab kah? |
|
|
|
|
|
|
|
tak kenai..nama pun xpenah dengar..
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni pernah masuk Asia's Got Talent kan? Sedap gak suara dia. |
|
|
|
|
|
|
|
tak kenal... tapi kalau dah bawak lagu m nasir mungkin boleh glemer... |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat lagi dia ni, sayang sungguh dekat arwah ayah dia.. Pegi China berdua dengan ayah dia,stay airbnb semua dia up kat insta dia..masa tu dia mua, lepas tu dia kawen.. Tup2 lepas tu, dia dah solo n masa tu ayah dia pun dah meninggal. Tak sure yg mana satu jd dulu, hat dia cerai or apaknya meninggal yang berlaku dulu.
Then tgk2 dia dah free hair tapi still buat keje2 mua, time tu perasan dia dah ada boipren.. Skrg ni dah lama x skodeng ig dia.. X sure la ngape cerai.. Tgk muka nampak mcm baik ex lakinya dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni dgn asmidar masuk vokal bukan sekadar rupa.both suara sedap n both sendu sesendunya. Tapi tak tau la kot ada rezeki nk jadi femes lps ni. Tgk Ernie tu byk tahun jgk lps Bintang RTM baru org tahu kewujudan |
|
|
|
|
|
|
|
biozipstar replied at 14-6-2021 04:55 PM
tak kenal... tapi kalau dah bawak lagu m nasir mungkin boleh glemer...
Idayu AF dulu pun under Luncai Emas Tok Sir jugak.. keluar 1 single rasanya pastu terus ke kuburan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Didi_dido replied at 14-6-2021 04:42 PM
Dia ni pernah masuk Asia's Got Talent kan? Sedap gak suara dia.
Haah masa audition AGT dia nyanyi lagu Hero Kak Mariah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau rezeki sure tak salah alamat.. mcm Datin Alyah, 7/8 tahun jugak nk popular.. Ernie pun dlm 8/9 tahun baru org kenal.. |
|
|
|
|
|
|
|
so? ko nak kena masuk big stage ke dekk baru ko keluar dari kesenduan? bebi chima tu pon gegeh masuk dangdut academy lah segala tetap jah whoareyouss walau internesenel gituh? |
|
|
|
|
|
|
|
tapi bebi chima masuk bertanding jadi bbnu tu pon hauk jah? hujung2 sekarang duk ramas taik hengatkan boleh viral? tapi jijik jah lagi lah orang tak nak tengok? |
|
|
|
|
|
|
|
Byk3 kali ulang pronounce nama dia. Naaaakkkk jgak lidah aku ni tkehel sebut makrifat! Haihh |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik nama, mcm mo.... fu... Pula. Astaghfirullah |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2 kene tengok bila orang claim, “oh saya dah 15 tahun dalam industri”…
Betulla kau start 15 tahun lepas, tapi adakah kau active sepanjang 15 tahun tu? Ada keluar single at least 2 kali setahun? Ada promote single kat digital? Sekarang ni banyak saluran nak up kan diri dengan modal yang economical.
Rezeki main peranan, tapi apa usaha yang kau buat? |
|
|
|
|
|
|
| |
|