CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3199|Reply: 36

Kluster Dah Bukit Makmur. Lori bawa warga asing pekerja kilang yang positif Covi

[Copy link]
Post time 13-6-2021 10:41 PM | Show all posts |Read mode
Tular lori bawa 135 pekerja asing positif Covid-19
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA | | 13 Jun 2021

SUNGAI PETANI - Sebuah lori yang membawa kira-kira 40 warga asing memakai gelang merah jambu di sini tular di media sosial pada Ahad.

Rakaman melalui gambar dan video yang dimuat naik beberapa pengguna laman sosial itu menunjukkan kesemua penumpang berdiri dalam lori terbabit memakai gelang kuarantin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Difahamkan, kesemua mereka adalah pekerja di sebuah kilang yang disahkan positif Covid-19 dibawa menaiki lori ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, berikutan video berdurasi 19 saat yang tular kira-kira jam 5 petang, pihaknya bertindak mengesan lori bersama individu terbabit serta-merta.

Menurut beliau, hasil tindakan pantas polis berjaya mengesan dan menahan mereka berdekatan kawasan Sungai Lalang semasa dalam perjalanan pulang dari PKD Kuala Muda di Sungai Petani menuju ke asrama kilang terbabit di Sungai Lalang.

"Hasilnya, seramai 48 orang kes positif berada dalam lori tersebut dalam keadaan tangan memakai gelang kuarantin," katanya.

Adzli berkata, sebelum ini, KKM telah mengesan kes positif Covid-19 menerusi Kluster Dah Bukit Makmur membabitkan sebuah kilang di Sungai Lalang di mana lokasi mereka bekerja.

"Lanjutan daripada itu, pihak PKD Kuala Muda telah mengarahkan seramai 135 pekerja kilang untuk hadir bagi tujuan siasatan dan mengenakan gelang kuarantin.

"Seterusnya, pihak majikan telah mengatur sebuah lori khusus untuk membawa kesemua 135 kes positif dengan menggunakan tiga kali perjalanan dari asrama ke PKD.

"Semasa lori tersebut dalam perjalanan ke PKD Kuala Muda, video dan gambar tersebut telah dirakam orang ramai serta dimuat naik ke media sosial," katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi tujuan lain), Seksyen 22 (b) Akta 342 (Kesalahan am tidak mematuhi apa-apa perintah yang dikeluarkan pegawai yang diberi kuasa) dan Seksyen 270 Kanun Keseksaan (Perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa).
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 14-6-2021 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts

lori bawa 135 pekerja asing positif Covid-19

Polis berjaya mengesan lori dan individu yang dikatakan membawa sekumpulan warga asing memakai gelang merah jambu di Sungai Lalang, Kedah.

"Hasilnya, seramai 48 orang kes positif berada dalam lori tersebut dalam keadaan tangan memakai gelang kuarantin," katanya.

Adzli berkata, sebelum ini, KKM telah mengesan kes positif Covid-19 menerusi Kluster Dah Bukit Makmur membabitkan sebuah kilang di Sungai Lalang di mana lokasi mereka bekerja.

"Lanjutan daripada itu, pihak PKD Kuala Muda telah mengarahkan seramai 135 pekerja kilang untuk hadir bagi tujuan siasatan dan mengenakan gelang kuarantin.
"Seterusnya, pihak majikan telah mengatur sebuah lori khusus untuk membawa kesemua 135 kes positif dengan menggunakan tiga kali perjalanan dari asrama ke PKD.

"Semasa lori tersebut dalam perjalanan ke PKD Kuala Muda, video dan gambar tersebut telah dirakam orang ramai serta dimuat naik ke media sosial," katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi tujuan lain), Seksyen 22 (b) Akta 342 (Kesalahan am tidak mematuhi apa-apa perintah yang dikeluarkan pegawai yang diberi kuasa) dan Seksyen 270 Kanun Keseksaan (Perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa).

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/144024/KHAS/Covid-19/Tular-lori-bawa-135-pekerja-asing-positif-Covid-19
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah macam ayam kau layan pekerja kau. Tau lah buruh2 je tapi janganlah layan macam hamba abdi.. hayooooo angkut la pakai bas. Itu pun nk kena bagitau ke hanattttt
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 06:59 AM | Show all posts
Chop, lori bawak 40 kan,
yang 135 dari asrama kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2021 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tu je ko layan staf ko
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang kedah sis. Mulut huduh prangai pun huduh
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 14-6-2021 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
ramainya kluster kilang, mcm never ending je klu gini gayanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kot ye pon sewa la bas kilang ke bas sekolah ke..hanat nye majikan
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kilang kat sg lalang kilang kecik.. Owner2 korang faham la sapa kan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 07:22 AM | Show all posts
ni kluster tempat kerja lah yang tempat merebaknya kovid ni. tak setel kluster tempat kerja terutama kilang2 ni maka sia2 sajalah kita pkp, buat penat saja.. kena tambah peraturan baru ni majikan kena tanggung rawatan covid pekerja mereka.. barulah majikan ni jaga betul2
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 08:40 AM | Show all posts
Edited by JohnyEnglish at 14-6-2021 08:44 AM

Dulu najib pun kasi puteri UMno naik lori jugak.cuma pakai baju pink x pakai gelang pink

yg tdung merah kiri sekali ialah dizekni

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 14-6-2021 06:59 AM
Chop, lori bawak 40 kan,
yang 135 dari asrama kan?

Dia ulang alik beberapa trip kot.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 09:20 AM | Show all posts
Alhamdulillah, masih ramai insan yg ada hati perut, simpati bila manusia dilayan mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 14-6-2021 07:17 AM
Kot ye pon sewa la bas kilang ke bas sekolah ke..hanat nye majikan

Kalau sewa bas untuk pengangkutan pekerja ulang alik bertambah kos perniagaan!!!mana owner kilang nak keluar $ untuk kebajikan dan keselamatan pekerja kalau bukan diwajibkan!!
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 14-6-2021 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nya lah.. boleh agak mcm mana owner kilang ni layan pekerja2 bangla ni semua masa kerja. Anggap mcm hamba je kot.

Selagi kilang2 tak tutup, rasenya kes mmg tak kan turun 3 angka.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 01:34 AM | Show all posts

Lori sarat dengan pekerja asing bergelang 'pink' ditahan polis

Polis menahan sebuah lori yang membawa sekumpulan pekerja warga asing memakai gelang kuarantin di Sungai Petani pada Ahad. - Foto ihsan polis/media sosial

SUNGAI PETANI: Polis menahan sebuah lori yang membawa sekumpulan pekerja warga asing memakai gelang kuarantin di Sungai Petani pada Ahad, selepas video dan gambar insiden berkenaan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lori itu ditahan ketika ia sedang membawa kumpulan tersebut dari sebuah kilang ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda kira-kira jam 5 petang tadi.

Kesemua mereka dipercayai daripada sebuah kilang pemprosesan ayam di Sungai Lalang, Bedong.

“Polis mengambil tindakan selepas mendapat video dan gambar yang ditular melalui media sosial mengundang kemarahan warganet yang tidak berpuas hati berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 daerah ini.

“Video dan gambar berkenaan menunjukkan beberapa individu yang berada dalam lori berkenaan dengan memakai gelang kuarantin merah jambu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adzli berkata, berikutan itu, sepasukan anggota polis bertindak menahan lori dan pekerja-pekerja asing terbabit.

Katanya, hasil siasatan mendapati, majikan kilang telah mengatur sebuah lori untuk membawa seramai 135 pekerja kilang ke PKD dengan tiga kali perjalanan, untuk dilakukan ujian calitan.

“Seramai 48 orang pekerja kilang yang berada dalam lori itu dikesan positif dengan keadaan tangan bergelang kuarantin.

"emandu lori itu kemudian disaman kerana kesalahan mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan lesen kenderaan memandu (LKM) bagi tujuan lain,” katanya.

Selain itu Adzli memaklumkan, kertas siasatan turut dibuka terhadap majikan kilang tersebut mengikut Seksyen 22(a) Akta 342 (Kesalahan secara am tidak mematuhi apa-apa perintah yang dikeluarkan pegawai yang diberi kuasa) dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan (perbuatan cuai yang mungkin merebakkan kejangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa).

Sumber : Astro Awani
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 04:20 AM From the mobile phone | Show all posts
dah macam livestock dah...teruknya majikan tu...sewakan bas untuk pekerja2 dia...lepas tu bas tu ko bako je la
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 05:33 AM | Show all posts
Teruknya majikan ni, mcm mana lah agaknya hal ehwal kebajikan pekerja2 tu selama ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.097879 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list