View: 8626|Reply: 45
|
Hisyam Hamid Mental, Dah Setahun Tak Jumpa Anak Isteri
[Copy link]
|
|
Pelakon Hisyam Hamid mengakui berdepan cabaran mental dek kerinduan terhadap keluarga, terutama dua orang anaknya di Singapura selepas hampir setahun terpisah akibat pandemik Covid-19.
Menurut Hisyam, kali terakhir dia berjumpa dengan anak-anaknya iaitu Nurish Syameliah dan Hayden di Singapura adalah pada 8 Julai tahun lalu.
Foto: IG
“Cabaran yang perlu saya hadapi sekarang ini adalah daripada segi mental kerana berjauhan dengan isteri dan anak-anak.
“Sudah hampir setahun saya tidak berjumpa dengan anak-anak di Singapura sebab keadaan semasa tidak menentu gara-gara Covid-19.
“Kali terakhir saya berjumpa isteri pula sekitar bulan November tahun lalu. Isteri sempat datang ke Malaysia selama lebih kurang dua minggu,” katanya.
Bagaimanapun, Hisyam memberitahu isterinya, Rosmawati Hanafi terpaksa pulang ke Singapura dalam keadaan tergesa-gesa selepas kerajaan negara republik itu mengumumkan individu yang pulang dari luar negara perlu menjalani kuarantin selama dua minggu.
“Isteri beli tiket kapal terbang pada hari yang sama untuk pulang dan saya tidak sempat untuk berjumpa dengannya kerana ketika itu saya ada penggambaran.
“Jadi sehingga sekarang saya masih belum berjumpa dengannya,” kata Hisyam.
Pelakon berusia 35 tahun itu bagaimanapun bersyukur kerana isteri dan anak-anak memahami situasi yang melanda ketika ini.
Pada masa sama, Hisyam turut berharap supaya program vaksinasi dapat dilakukan dengan cepat dan meluas supaya dia dapat pulang untuk menjenguk isteri dan anak-anaknya.
“Kalau ikutkan saya merancang untuk pulang ke Singapura memandangkan anak saya yang bongsu akan menduduki peperiksaan. Jadi kalau saya pulang sekurang-kurangnya saya boleh memberi sokongan kepadanya,” ujarnya.
Pada tahun lalu, pelakon yang mencipta nama menerusi drama Ariana Rose itu mendedahkan pernah ‘tersangkut’ di negara kelahiran sendiri, selama beberapa bulan disebabkan Covid-19 sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur untuk meneruskan karier lakonannya. -CARI
Sumber:Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Alahai bukan xboleh jumpa lansung..bolehkan tp kena kuarantin je lah.apa masalahnya? Bukannya bini dia ddk kat usa sana tu yg jauh sangat nak dtg. |
|
|
|
|
|
|
|
Siannya.. kte yang duduk rumah pun dah nak mental, aptah lagi yg tak jumpa anak bini. Tak tgk anak2 membesar… semoga dipermudahkan urusan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni bukan laki pasha sandha ke?
Kompius makcik |
|
|
|
|
|
|
|
ngada2 la.... da takde job kat mesia..
then balik la singapore tu...
ko yang tak nak balik lepas tu claim mental...
hahahhahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
Balik je la sg kuarantin pakai duit sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dia balik dia da boleh dapat vaccine pfizer atau moderna. qurantine aja lah 2 minggu. kalau dah dapat complete jab next time balik da tak payah qurantine cuma perlu buat swab je berapa kali, dari nak terkurung 2 minggu.. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 25-6-2021 12:53 PM
akak sudi je jd pengganti isteri hisyam nih
Laki sendiri campak mana kak..lel |
|
|
|
|
|
|
|
dejure: Alahai bukan xboleh jumpa lansung..bolehkan tp kena kuarantin je lah.apa masalahnya? Bukannya bini dia ddk kat usa sana tu yg jauh sangat nak dtg.
Kalau kat US pun boleh je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Balik je lah terus. Heran warga asing senang je masuk Msia kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
Sembangla ko
Padahal singapor je
Yg gi gaza pon boleh |
|
|
|
|
|
|
|
Patut la berlakon drama cukup derita itu macam orang tak betul |
|
|
|
|
|
|
|
ramai lgi la dh lama x jumpa mak ayah smua..
anak bini bertahun..
bkn ko sorg jek |
|
|
|
|
|
|
|
La besar dah ank dia.. Umur 35.dia kawen umur berapa.. |
|
|
|
|
|
|
|
becir replied at 25-6-2021 01:41 PM
Laki sendiri campak mana kak..lel
campak jap la kat dlm blk stor |
|
|
|
|
|
|
|
vc jela hari2...
mesti rindu benda lain khen |
|
|
|
|
|
|
|
heleh.. gi je la balik.. bukan susah pun..
sekarang nak rentas negeri lagi payah dari nak rentas negara..
dah pulak kau memang bukan malaysian..
takde la imigresen nak tolak permohonan..
tapi kalau sendiri kedekut nak bayar kuarantin, tak payah memekak..
kawan i malaysian kerja singapore pun relax je balik sini then balik sana balik..
janji kuarantin tanggung sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Muda lagi rupanyaaa ingat dah dekat2 40an eh yelaa dia pun baru lagi jd hero.
Dah tu duk sini ngan sapa?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|