Menjawab persoalan ramai yang pelik dengan struktur atau peringkat pendidikannya yang dikatakan semakin mengundur ke belakang, katanya dia hanya mencuba selepas melihat ada kursus secara atas talian itu.
"Saya ada empat syarikat pembinaan dan Alhamdulilah semua okey, berjaya. Tapi bila pandemik ini, mana boleh beroperasi sebab kita bukan sektor keperluan. Sejak berlaku musibah yang dulu itu, cita-cita dan karier bidang ini agak terbantut buat saya.
"Tapi itu tidak membuatkan saya putus asa untuk terus belajar sebab, selama ini pun secara praktikalnya memang saya sedang buat. Jadi, saya mula belajar semula dari asas, ambil masa untuk jana semula semangat beserta ilmu. Saya bukannya nak jadi scammer.
"Tak kisahlah kalau ada Ijazah Sarjana, PhD dalam bidang lain. Saya nak tanya, adakah salah untuk seseorang itu nak sambung pengajian yang berbeza? Inilah salah faham yang harus diperbetulkan. Macam saya katakan tadi, banyak sahaja kursus jangka pendek ditawarkan dan dibenarkan mengikuti.
Saya tak buat benda salah. Saya ikut segala prosedur yang ditetapan pihak universiti, mohon dengan saluran betul dan bayar yuran. Bukannya saya beli. Itulah bezanya selebriti dengan orang lain. Walaupun kita ikut saluran betul, atau buat perkara baik sekali pun, orang tetap akan nampak salah. Yang baik pun orang kata buruk," jelasnya.
Katanya, dia sudah penat melayan pandangan negatif dan perlian terhadap dirinya.
"Sepatutnya kalau dengar usaha seseorang itu mahu belajar, kita sokonglah, bukan menjatuhkan semangatnya.
"
atut rasa malu dengan diri sendiri sebab sekurang-kurangnya dia ada usaha nak perbaiki dan naik taraf diri dengan ilmu berbanding sibuk cakap buruk pasal orang lain tapi diri sendiri dah tua pun bodoh," ujarnya.
Sumber: Utusan