View: 6146|Reply: 25
|
"Tolonglah Saya Dah Koyak, Kalau Dapat Tangkap Saya Akan Saman Awak" -
[Copy link]
|
|
Belum reda dengan isu songlap duit bantuan, pelakon Zara Zya sekali lagi teruji apabila muncul pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenang mewujudkan akaun Instagram palsu menggunakan wajahnya untuk tujuan penipuan.
Zara menerusi hantaran dalam Instagram meminta peminat dan pengikutnya untuk berhati-hati dan tidak terpedaya dengan taktik kotor individu tersebut yang kononnya menjual barang elektronik serta menawarkan pelbagai hadiah.
Kredit foto: IG Zara
“Jangan terpedaya. Saya saman awak @zarazya_iphone_giveaway_fanpg. Tolonglah saya dah koyak dan penat sekarang ni.
“Hari itu kena tuduh songlap duit bantuan, sekarang ada orang ambil kesempatan pula guna nama saya buat peraduan iPhone. Lepas ni tak tahu apa pula.
“Saya tak mahu kalau ada yang tertipu, akan salah saya, buruk lagi nama saya,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Letih dan tertekan dengan perangai tidak beretika sesetengah pihak, pada hantaran sama, pemilik nama lengkap Zainurul Razia Mohd. Zainuddin turut mengingatkan individu berkenaan agar berhenti membuat perkara sia-sia itu.
“Tolonglah saya dah koyak dan penat sekarang ini!
“Kalau terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, kibar je bendera putih. Ramai akan datang membantu. Tak payah nak buat benda kotor ni, menyusahkan orang saja.
“Benda ni 100 peratus scam (tipu), tolong semua pengikut jangan tertipu ya. Kalau saya dapat tangkap, saya akan saman awak,” katanya lagi.
Perkongsian Zara mendapat pelbagai reaksi pengikut dan masing-masing bertindak melaporkan kewujudan akaun palsu tersebut dalam Instagram.
Di sebalik kecaman yang diterima, ternyata usaha murni Zara turut difahami banyak pihak dan memberi kata-kata semangat agar pelakon itu terus kuat.
“Ini semua ujian Allah, kita buat baik lepas tu upload (kongsi) gambar orang cakap kita menunjuk, bila kita tak upload org cakap kita tipu. Itu lumrah. Sabarlah, percayalah Allah SWT uji untuk kita sentiasa ingat kepada Dia. Jangan down (hilang semangat), bangkit dan jangan kisah apa orang cakap. Kalau awak down mereka memang nak tengok kejatuhan seseorang. Jangan mengalah untuk bantu orang,” tulis seorang pengikutnya.
Kelmarin, pelakon drama Pia itu mengakui sangat terkesan dan kecewa akibat tuduhan makan duit haram dan didakwa mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain menerusi kerja kebajikan yang dilakukan menggunakan platform badan bukan kerajaan (NGO) Malaysiaprihatin miliknya.
Tidak cukup dengan itu, bekas tunang kepada pelakon Hafreez Adam itu turut kecewa dan terkilan apabila setiap perkongsiannya berhubung kerja-kerja kebajikan pasti akan mengundang kecaman negatif dan dikatakan menunjuk-nunjuk daripada netizen.
Sumber: K! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
yang buat scam tu bodo, yang pecaya bulat2 dengan scam tu pun bodo. |
|
|
|
|
|
|
|
Scha pun ada kibar bendera putih ke? Banyak dapat bantuan bunga |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni ke yang gaduh sebab biskut raya hari tu? |
|
|
|
|
|
|
|
lelama makin x suka dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Zz jgn pprt sangat. Dah ler asal desa. Buat la content ilmiah termasuk petua2 sbb lama2 tak valid gak |
|
|
|
|
|
|
|
ramai benar buat ngo sendiri skrg.mudah lulus eh? senang idup dpt 30% admin fee |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni belakon tiptop tapi lately byk lak gosip mehhhhhh cmni. mcm nak naik kan nama je |
|
|
|
|
|
|
|
zara zya ni mmg xde nilai komersial
rupa paras dia sangat dull dan senjakala
imej diri sebegitu try hard tetap begitu kampong jalan becak
boleh berlakon ,ada bakat bukan xde
tetapi kalau nak jadi artis kena lawa
dia silap jaid artis dia sepatutnya meniaga jual ikan keirng di tanjung dawai kahwin dgn nelayan berjaya.
Buat apa jaid artis ko bukan cantik.
memang xcantik
rupa,hidung,bibir mulut semua biasa saja...pergilah balik kampong ko
ko punca dunia hiburan suram sebab ramai yg xlayak jadi artis tp jadi artis.
|
|
|
|
|
|
|
|
MontanaHannah replied at 8-7-2021 03:06 PM
zara zya ni mmg xde nilai komersial
rupa paras dia sangat dull dan senjakala
Haha makin koyak kalau dia baca komen ko ni sis... |
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap benar sungguhpun perit !
|
|
|
|
|
|
|
|
#zarakoyak #zarazyakoyak #koyaktoyoutoo |
|
|
|
|
|
|
|
Apo lah lagi budak ni kelmarin nanges2 depan sofa.
Sebelom nanges perli2 dulu lagi orang nyampah.
Engko nak jadi pelapis kak nourol engko ke meroyan sampai muak masaalah sejengkal jadi sedepa. |
|
|
|
|
|
|
|
MontanaHannah replied at 8-7-2021 03:06 PM
zara zya ni mmg xde nilai komersial
rupa paras dia sangat dull dan senjakala
Gigi dia putih mcm mentos..sepesen maikel ang |
|
|
|
|
|
|
|
MontanaHannah replied at 8-7-2021 03:06 PM
zara zya ni mmg xde nilai komersial
rupa paras dia sangat dull dan senjakala
I pon pelik muka desa x ada tarikan mcm ni selalu dpt watak utama |
|
|
|
|
|
|
|
zara zya xboleh bawa watak lain melainkan desa
itu pun bayar harga sikit
xberbaloi rupa serupa itu bayar lebih , rugi sebab xlawa
|
|
|
|
|
|
|
|
"kalau dapat tangkap..* lolll report je la polis. Mesti boleh tangkap punye. Skmm kan hado. |
|
|
|
|
|
|
| |
|