View: 3031|Reply: 24
|
Masak Guna Air Hujan-30 Tahun Rashid Duduk Dalam Hutan, Ditemani Anjing
[Copy link]
|
|
Slim River: Hanya Tuhan yang tahu kesusahan dan keperitan seorang warga emas yang mendiami pondok usang dalam hutan di Kampung Batu 4 dekat sini.
Rashid Mat Sah, 66, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor merantau ke Slim River untuk mencari kerja selepas ibu bapanya berpisah.
"Apabila tiba di kawasan ini, saya mengikut seorang lelaki untuk berkerja di dusun durian.
"Saya mendapat upah dengan menjaga dan membersihkan dusun yang dipajaknya," katanya ditemui.
Foto: Harian Metro
Menceritakan kehidupannya kini, menurut Rashid, pada waktu malam, dia akan menyalakan pelita manakala air hujan pula digunakan untuk mandi dan memasak.
Rashid berkata, dia bersyukur kerana ada seorang guru yang sering membantunya membeli barangan keperluan asas.
"Guru berkenaan mempunyai ladang getah di lokasi berhampiran dan saya selalu meminta bantuannya.
"Memang sunyi tinggal seorang diri di hutan, saya hanya bertemankan anjing yang dibela sebagai kawan selain untuk menjaga keselamatan," katanya.
Menurut Rashid, selama berpuluh tahun, dia tidak tahu langsung apa yang berlaku di luar.
"Saya bukan tidak mahu keluar sesekali ke pekan dan sebagainya namun disebabkan ketiadaan dokumen pengenalan diri, ia menghalang saya berbuat demikian," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim Mohd Zaidi Aziz yang melawat Rashid berkata, beliau mengetahui keadaan lelaki itu selepas dimaklumkan orang awam.
"Hasil kunjungan ke pondok Rashid, saya dapati kehidupannya memang daif.
"Saya akan bantunya untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri bagi memudahkan urusan dan bantuan," katanya.
Menurut beliau, sementara menunggu urusan menyiapkan dokumen pengenalan diri, pihaknya akan terus membantu Rashid.
Berkaitan bekalan air, beliau akan cuba menggali perigi untuk mendapatkan bekalan air bersih selain membina kandang anjing untuk mengelakkan ia tinggal dalam pondok bersama Rashid.
"Kami juga akan bawa Rashid ke klinik untuk merawat penyakit kulit dialami selain pemeriksaan kesihatan," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pendapat saya...time pandemik covid ni...ada baiknya juga dia duduk terasing sorang diri kat situ....cuma...tu la..drp sudut kesihatan lain tu...dia patut chek juga....psl brng keperluan tu..ok gak ada orng bantu dia... |
|
|
|
|
|
|
|
bagus jugak duduk kat hutan. dunia luar pokcik, haihhh pening pokcik! Macam2 kerenah kat luar tu! macam2 virus ada! egghhhh... cuma harap ada yang bantu upgrade rumahnya, dapurnya berasap |
|
|
|
|
|
|
|
Patut pakcik duduk je diam2 disana sebab ianya lebih selamat dari diluar sana. Kalau benar nak keluar pun tunggu sampai covid tamat. |
|
|
|
|
|
|
|
duduk dlm hutan ni lg aman damai kot
tak perlu fikir masalah negara
makan minum apa yg ada.. bercocok tanam bagai
bela la ayam hutan dll binatang yg boleh dimakan, mcm kebanyakkan org asli pendalaman
ubi kayu dibakar. mkn begitu sahaja oi... sedappppppppppp
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana boleh takde ic ....indon ke |
|
|
|
|
|
|
|
Harap yang nak pi tolong dia tu, tak bawak virus ke dia pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannnyaaa. Mesti byk nyamuk |
|
|
|
|
|
|
|
tanda2 PRU dah deakt jika tidak tiada siapa yg kesah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Itu piliham dia. Duk hutan tak payah bauar sewa, bil apa.letrik segala. Yang penting tak payah bangun pagi pergi kerja.
30 tahun mesti orang keliling dah cemuih tolong |
|
|
|
|
|
|
|
Klu xde IC takkan xde surat beranak.. |
|
|
|
|
|
|
|
She-Ra: duduk dlm hutan ni lg aman damai kottak perlu fikir masalah negaramakan minum apa yg ada.. bercocok tanam bagaibela la ayam hutan dll binatang yg bol ...
Setuju. Cuma binakan dia pondok elok sikit.
Mat salleh ramai yg living off grid nowadays. Permafarming etc. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana si dia yang mahu mengucapkan segala pujian untuk pakcik ini kerana... ehem... tidak berkahwin dan beranak. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo versi org muda lak, Fezrul Hot Khan pun duk dlm hutab kek Nismilan sana sbb ada kebun sendiri
hari2 tgk dia bercakap dgn anjing2 dia yg duk jaga kebun tu
aman damai je tgk life dia..tanam petai,musang king |
|
|
|
|
|
|
|
selain membina kandang anjing untuk mengelakkan ia tinggal dalam pondok bersama Rashid.
Anjing tu lah kawan setia peneman Rashid selama ini. Datang Melayu terus nak buat kandang suruh kurung. Aku yakin Rashid ni lebih cerdik dari itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 8-7-2021 11:06 PM
Anjing tu lah kawan setia peneman Rashid selama ini. Datang Melayu terus nak buat kandang suruh ...
Anjing tu lh duk neman pkcik rashid ari2...dtg mnusia terus nk kurung |
|
|
|
|
|
|
|
Sesuatu sangat
I syak tapi malas nak taip |
|
|
|
|
|
|
|
Pengenalan diri kalau surat beranak dia or IC hilang ada record di jabatan pendaftaran, melainkan.....dot.dot.dot. |
|
|
|
|
|
|
| |
|