View: 5762|Reply: 24
|
"Tak Payah Kalut Kalau Enggan Vaksin, Tapi Jangan Kerja Dengan Kami" -
[Copy link]
|
|
Penerbit syarikat produksi Radius One Sdn. Bhd, Shahrulezad Mohameddin akur dengan keputusan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang mewajibkan karyawan industri kreatif termasuk pelakon dan kru penggambaran melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 sebelum memulakan tugas di lokasi.
Keputusan tersebut susulan kebenaran melakukan penggambaran di luar studio dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat menjelang Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti yang diumumkan kerajaan semalam.
Kredit foto: IG Budak Ijat
Shahrulezad atau kebih dikenali sebagai Ijat berkata, pihaknya bagaimanapun pihaknya tidak akan memaksa artis atau kru mengambil vaksin tetapi hanya akan berurusan dengan golongan yang sudah mendapatkan suntikan itu sahaja.
“Mana-mana artis atau kru yang masih enggan divaksinasi tak payah kalut, saya tak paksa pun. Selagi tiada undang-undang Malaysia yang mewajibkan semua orang mengambil suntikan vaksin, maknanya memang tak ada sesiapa boleh memaksa anda.
“Bertenanglah. Saya tak mahu berdebat, tak mahu putus kawan. Cuma, setakat ini Finas, stesen televisyen dan Radius One hanya akan berurusan dengan mereka yang sudah mengambil suntikan vaksin. Kami ada hak untuk memilih siapa yang kami mahu bekerja.
“Kalau ikutkan saya, satu vaksin pun sudah memadai kerana nak tunggu dos kedua ada yang lambat. Namun, Finas sudah keluarkan kenyataan bahawa semua penggiat seni diwajibkan mendapatkan dua dos sebelum menjalani penggambaran. Kena bersabar dan akur,” katanya.
Pada masa sama, penerbit dan pengarah itu menyatakan dia juga sudah mendapatkan maklum balas daripada wakil stesen televsyen berhubung syarat perbadanan berkenaan yang nyata wajib diikuti oleh semua pihak.
“Saya dah rujuk dengan beberapa wakil stesen mengenai isu syarat wajib vaksin ini. Mereka kata, mereka akan ikut saja arahan Finas. Jadi, kepada yang enggan, selamat maju jaya. Kalau rasa nak jalani penggambaran, pergi ambil vaksin. Kalau tidak, tak apa.
“Mungkin ada stesen TV terutamanya Over-The-Top (OTT) dan syarikat produksi lain yang ada kelonggaran. Lagi pun, Insya-Allah, rezeki ada di mana-mana. Jangan risau, bumi Allah ini luas,” tulis pengarah naskhah fenomena, Nur itu menerusi Instagram.
Shahrulezad dan Radius One sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan sejak Mei lalu yang menegaskan pendirian mereka untuk berurusan dengan orang yang sudah mengambil suntikan vaksin sahaja demi keselamatan semua pelakon dan kru.
Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kelulusan aktiviti penggambaran pada Fasa Dua PPN berpandukan syarat ketat bawah Protokol Gelembung Penggambaran (PREP) yang dikawal selia Finas.
Selain tenaga produksi minima dan tidak dibenarkan keluar daripada radius zon kawalan risiko, kelulusan hanya diberikan kepada tenaga produksi yang lengkap dua dos suntikan vaksin dam menjalani saringan kesihatan sebelum, semasa dan selepas tamat penggambaran.
Sumber: K! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
retail line pun diwajibkan vaksin.ada orang dalam opis aku ni anti vacine.kami dh rujuk dengan labour office. walaupun tak de akta wajib utk vax covid.tapi under MKN memang wajib. pegawai bagi option untuk minta staff tersebut bagi surat tunjuk sebab.dan selepas dari itu terpulang dengan majikan nak ambil tindakan yang bagaimana.
|
|
|
|
|
|
|
|
tunggu jela dulu... biar semua selamat |
|
|
|
|
|
|
|
Pastu dah dua dose anggap kebal. Xjaga sop. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak pasal vak pun tak kemana pun industri seni malaysia. Stagnant jer. Elok lah tonton karya berkualiti oversea. |
|
|
|
|
|
|
|
ipah raziah tu dan vaksin pfizer..
ambil la berlakon please... please...
hihihi.... |
|
|
|
|
|
|
|
betul sangat... semalam turn off citer pukul 7 - konsep yang sama - kahwin, dia nak rampas tunang orang, kena fitnah, mcm sinetron Indon
|
|
|
|
|
|
|
|
Mikaella replied at 22-7-2021 05:04 PM
betul sangat... semalam turn off citer pukul 7 - konsep yang sama - kahwin, dia nak rampas tunang ...
Tertunggu2 retis malaysia yg betul2 brilliant. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ramai org mati pun masih degil nak vaksin...nyawa sendiri melayang takper lah mmg patut mampus pun...tapi kalau menjangkit kat mak ayah famili dan orang lain sanggup tengok diaorang menderita? |
|
|
|
|
|
|
|
Golongan retis tlg duk diam... Sibuk nk mencapap. Korg tu kalo yg agak antivaksin xpyh mengila nk kje. Duk je umah. Tgk ig. Jgn nk merempan xde kje plak. Dh laaa bkn sektor yg penting pun. Korg kuarkan drama dan filem pun mcm SAMPAH. Baik tgk Netflix. Berangan jeeee nk dpt pfizer laaa... Nk bukak sector korg laaa. Ape laaa.. Kat ig mencapap byk sgt kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Mulotkoyak replied at 22-7-2021 05:32 PM
Golongan retis tlg duk diam... Sibuk nk mencapap. Korg tu kalo yg agak antivaksin xpyh mengila nk kj ...
rita ritrude bleh pencen dah haha |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98: Dah ramai org mati pun masih degil nak vaksin...nyawa sendiri melayang takper lah mmg patut mampus pun...tapi kalau menjangkit kat mak ayah famili dan ...
Ni provaks ke antivaks?? Kompius pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
dino replied at 22-7-2021 06:03 PM
rita ritrude bleh pencen dah haha
Garita kata dia tak heran!!! Hahhaha
Tgk pun production Hj.Zil saja yg suka ambik dia.
Tp meols rasa Hj.Zil pun terikat dgn peraturan setiap cast kena vaksin jugak |
|
|
|
|
|
|
|
kepala butohhhhhhhhhhhhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
abadi84 replied at 22-7-2021 10:23 PM
Garita kata dia tak heran!!! Hahhaha
Tgk pun production Hj.Zil saja yg suka ambik dia.
Tp meols ...
Hj zil tu still brkwn dgn rita ke..rsa produksi dia jrang ada rita...selalu cikta ja |
|
|
|
|
|
|
|
Terganggu btol tgk hidung tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai yang cari makan dalam industri ni di Malaysia. Memang taraf mereka tak segah industri Hollywood, Kollywood, Bollywood, Korea tapi itulah cara mereka menyara keluarga.
Market untuk industri seni Malaysia tak besar, modal juga tidak besar. Siapa lagi yang mereka boleh harapkan untuk menyokong kalau bukan rakyat Malaysia sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kan bila iolls tgk citer melayu kat Viu boleh tahan gak kualiti. Yang x der kat tv best plak lakonannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
manusia macam ni memang menyusahkan. satu office akan dapat masalah melayan orang macam ni.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|