Malah, dia juga membalas komen pada hantaran status terbaharunya semalam bagi menjawab persoalan yang bertalu-talu dilontarkan terhadapnya.
“Pelik. Dalam video, sudah terang-terang ustaz peluk, tepuk dada, nak tinggal cium pipi je,” tulisnya dipetik Kosmo!.
Kredit foto: IG
Menerusi siaran live berkenaan, UEL mendakwa dia merasakan sesuatu yang tidak kena pada hujung pertemuannya dengan Caprice.
Katanya, dia merasakan Caprice seolah-olah 'lain macam' ketika mereka berpelukan.
“Saya tepuk dada dia, tiba-tiba dia tepis tangan saya,” demikian cerita Ebit pada sesi ‘live’ berkenaan.
Caprice menjelaskan bahawa dia tidak akan mengulas lanjut isu ini seperti disarankan peguamnya.
Kredit foto: IG
Siapa tipu siapa? Atau semua ini hanya salah faham kerana masing-masing sedang tegang? -
CARI