View: 5980|Reply: 46
|
Tikam Ibu 79 Kali-Pembunuh Kejam Jadi Kegilaan Peminat Sebab Cantik
[Copy link]
|
|
Seorang gadis di negeri Colorado, Amerika Syarikat menjadi tular di media sosial selepas dihadapkan ke mahkamah kerana membunuh ibunya, malah, dia mempunyai ramai peminat kerana memiliki paras rupa yang cantik lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Isabella Guzman, 18, didapati bersalah menikam ibunya sebanyak 79 kali di muka, leher dan badan mangsa di kediaman mereka di Colorado.
Dia yang kini menjalani rawatan di Institut Kesihatan Mental Colorado kerana menghidap skizofrenia, dilaporkan berbuat demikian selepas mendengar ‘suara’ menyuruhnya melakukan perbuatan kejam itu.
Gadis itu berkata, dia menikam mangsa untuk ‘menyelamatkan dunia’.
Menurut pegawai penyiasat, Isabella berbeza dengan rakan sebaya lain ketika zaman kanak-kanak yang mana dia tidak pernah senyum, bermain atau menghabiskan masa bersama ibu dan bapanya.
Dia juga dikatakan kerap berbalah dan membenci ibunya, Yun Mi Hoy kerana keadaan ibu bapanya miskin.
Keadaan kesihatan gadis itu dikatakan bertambah teruk selepas ibu bapanya bercerai dan bapanya meninggalkan rumah mereka.
Selepas ibunya membawa pulang teman lelaki, Richard, keadaan Isabella semakin kronik.
Isabella mula mengugut untuk membunuh ibunya dan berjanji bahawa wanita itu akan ‘membayar’ atas semua layanan yang diterimanya selama ini.
Pada suatu hari, ketika Richard menonton televisyen, dia dikejutkan dengan jeritan Mi Hoy dari tingkat atas rumah mereka sebelum menemui mayat mangsa di bilik air. Mangsa ditikam sebanyak 79 kali oleh anak perempuannya.
Gadis itu kemudian disahkan menghidap penyakit skizofrenia dan disahkan kurang siuman.
Bagaimanapun, selepas tujuh tahun menjalani rawatan di Institut Kesihatan Mental Colorado, Isabella mendakwa dirinya sembuh dan bersedia menjalani kehidupan normal.
“Saya bukan diri saya ketika membunuh ibu saya. Saya sudah pulih.
“Jika saya mampu mengubah segala yang telah terjadi, saya akan melakukannya,” ujarnya.
Buat masa ini, mahkamah tidak meluluskan sebarang rayuan Guzman untuk dibebaskan. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Gila nak bebas org mcm ni... Selepas 7 taun dunia luar semakin menggila lebih2 lagi bahana covid.. lagi skizo pmpn ni bila face real world nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
miskin itu membawa kekufuran. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana ada orang gila mengaku dia gila |
|
|
|
|
|
|
|
Still kene pantau even dah sembuh, pengambilan ubat kene on time x blh skip. Kalau x nnt murung tu dtg balik. Tidur malam pon x blh. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau itu lawa, aku ni dah taraf ratu dunia la kot. hihihihii cetttt takpelah puji diri.
79 kali tikam?? betul punya dendam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Musim covid ni nak lepaskan.. baik laa hang dok dalam tu. Terjamin lagi makan minum |
|
|
|
|
|
|
|
Tulaaa kluar kangg sape nak bagi keje
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai je org gila diam2 mcmni
tengok gaya pun tau..org bodo je pecaya |
|
|
|
|
|
|
|
setuju.. takdelah lawa sangat budak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Aritu minah ni glamer sbb ada org pasang lagu sweet but psycho kat tiktok..
Depa glamourize minah ni..
Minah ni mmg sakit.. tapi org masih suka dia sbb dia comey.. giteww |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka.org2.mcm.ni
Kalau ada jutaan org mcm ni lg bagus
Harap malaysia.lg ramai org mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Xde la lawa mana, baik tgk Fazura ke Neelofar ker |
|
|
|
|
|
|
|
semasa la sangat. berita tahun 2013 |
|
|
|
|
|
|
|
Lah ingatkan cantik lah macam Lily Collins ke.... Liz Taylor masa muda ke..... Ariel Winters dah kurus ke....
Macam ni jadi kegilaan Americans? Low nya standard. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik?? OK.... Ahahhahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
She is unwell.. kategori masuk hospital psychiatric dowwhh.. wat to do...dah tuhan kasi dia sakit tu pastu x dpt rawatan lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka die bermekap tu da jd mcm ayda jebat..tp kt court tu lawa la jgk |
|
|
|
|
|
|
| |
|