View: 4996|Reply: 38
|
Seram beb : Wanita dakwa kahwin hantu Michael Jackson
[Copy link]
|
|
Selain menjadi ‘isteri’ Jacko, Kathleen juga mendakwa dia ialah kelahiran semula aktres, Marilyn Monroe. - Daily Star
Wanita dakwa kahwin hantu Michael Jackson
BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) mendakwa bahawa dia sudah beberapa tahun ‘berkahwin’ dengan hantu Raja Pop Dunia, Michael Jackson atau Jacko.
Menurut akhbar Daily Star UK, wanita bernama Kathleen Robert itu turut berkata, dia adalah kelahiran semula kelahiran bintang filem Hollywood, Marilyn Moore.
Katanya, hantu Jacko ‘mengahwininya’ bukan atas dasar nafsu tetapi kerana mahu menggunakan tubuhnya sebagai medium untuk makan biskut.
“Hantu Jacko sering datang dan ‘menumpang’ badan saya untuk memakan biskut dan itu sahaja.
“Dia tidak berminat menjalin hubungan kelamin atau apa-apa bentuk hubungan lain melainkan untuk memakan biskut,” jelas Robert.
Tambah wanita itu, hantu Jacko juga banyak berborak dengannya dan mengambil berat ke atas dirinya seperti seorang suami.
Menyifatkan hantu tersebut sebagai peramah tetapi gemar memberi arahan, Kathleen berkata, dia tidak menyangka sifat ‘suaminya’ yang tampak pemalu di kaca televisyen.
“Saya sayangkan dia, walaupun hubungan kami tidak seperti pasangan lain.
“Meskipun hubungan perkahwinan kami hanya sekadar di mulut dan tidak diiktiraf di atas kertas tetapi saya tidak kisah,” jelasnya. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya dgn jelmaan semula marilyn monroe ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg lebih kelakar tt yg post artikel kt sini
|
|
|
|
|
|
|
|
Marilyn rela roh dia gentayangan kot bila tengok muka acik ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
maknanya...MJ kiranya jadi..hantu la yer...... |
|
|
|
|
|
|
|
part mkn biskut tu;..takpe lah ye kan jer la..ingt negara iq level gorilla td |
|
|
|
|
|
|
|
Mwahahaha. Sampai sekarang takde artis yg terkenal mcm Michael Jackson. Mmg nama terbesar dalam industri muzik. Sayangnya tak buat byk album semasa era 80-an. Kalau tak dah lama kalahkan rekod jualan album The Beatles. Yg tak boleh blah org2 lelaki pun menangis tgk konsert dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mcm tu akak nak claim, dah kawen dgn hantu James Dean
btw bulu kening acik tu mcm dilukis dgn marker pen jah
|
|
|
|
|
|
|
|
marilyn moore ke marilyn monroe. marilyn moore pun wujud jgk - artis jazz american died in 1990. klu marilyn monroe yg pelakon skirt terbang tu. |
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak replied at 17-8-2021 10:49 PM
......
acik, weed high quality mana uol beli?
nak try
nasib baik ko ckp weed
aku ingatkan acik kathleen ni isap gam |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 17-8-2021 10:12 PM
Yg lebih kelakar tt yg post artikel kt sini
Itu lah psl.. Isu semasa ke ni? Nk kejar kpi kot |
|
|
|
|
|
|
|
Hantu reti menyamar dek. Hantu jacko wacko mana la ko menikoh with ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Iolls xtahan gelak da part makan biskut tu hahahaahah ko yg bnafsu nk mon biskut titibe sbb hantu jacko |
|
|
|
|
|
|
| |
|